? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, Oktober 12, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN SAYANG

Nyenyak tidur pada pagi 11 Oktober 2006 terganggu apabila arechik dikejutkan oleh sis Dyna. Ingatkan disuruh untuk bangun bersahur tetapi sis Dyna memberitahu yang dia rasa sudah sampai masa untuk bawanya ke hospital. Selepas mencuci muka, arechik terus mencapai sebuah beg yang sudah diisi sedikit barang keperluan. Ketika menuju ke hospital, tangan sis digenggam erat. “Boleh tahan lagi ka?” . Sambil senyum sis menjawab “Jangan risau, boleh lagi. Cuma rasa sakit macam dah sampai masanya.”

Selepas daftar masuk, arechik menanti di ruang menunggu. Tidak kurang sepuluh orang turut berada di situ. Kebanyakan darinya kelihatan tidur-tidur ayam (mungkin faktor tempat yang kurang selesa). Jam di tangan menunjukkan pukul 4.30 pagi. Dalam keadaan masih lagi ‘mamai’, arechik ditegur oleh seorang makcik.

“Anak sulung ke?”.. “Tak, masuk yang ketiga..makcik pulak sedang tunggu siapa?” tanya acik membalas. “Anak makcik. Suaminya takdak, kerja kat Kuala Lumpur. Pagi ni baru bertolak balik ke sini.”.. “Oo, cucu sulung ke?” tanya arechik lagi.. “Ya, cucu sulung. Depa kahwin tahun lepas” balas makcik berusia sekitar umur 50-an berserta riak gembira tak sabar nak menimang cucu sulung.

Lebih kurang setengah jam berborak dengan makcik tersebut, arechik mengajak makcik tersebut untuk bersahur bersama tetapi beliau menolak dengan sebab dah ada makanan bersahur. Terdapat beberapa gerai yang menjual makanan di sekitar hospital tu. Agak meriah jugalah tetapi bila ditinjau makanan yang dijual ‘tak masuk’ dengan selera arechik. Akhirnya arechik ambil keputusan untuk bersahur dengan roti telur dan milo panas saja.

Usai solat subuh, arechik menghabiskan masa dengan berzikir sambil berdoa agar sis Dyna dipermudahkan untuk bersalin. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, terdengar pengumuman mencari waris sis Dyna. Bergegas masuk ke dalam wad dengan harapan sis Dyna dah selamat bersalin, tetapi arechik dimaklumkan bahawa sis Dyna tak dapat melahirkan anak secara normal. Dia terpaksa dibedah memandangkan kedudukan kepala bayi dalam kandungan yang mendongak tinggi.

Sekali lagi menanti penuh debar dan doa mengharapkan proses kelahiran berjalan dengan lancar. Segala Puji bagi Allah, dalam pukul 9 lebih, sis Dyna selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel macam umminya (hehehe)..Selepas diazan dan diiqamahkan, bayi dan sis dibawa masuk ke wad. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Ketika mengiringi sis Dyna masuk ke wad, arechik berjumpa dengan makcik tadi. Dia pun nampak gembira. “Boleh cucu perempuan” katanya.. “Saya pun dapat anak perempuan jugak” jawab arechik. Kami gembira dan bersyukur.

Cepat masa berlalu. 11 Oktober 2009, genap 3 tahun umur Nur Wafrah Batrisyia. Semakin hari ada saja gelagat dan keletah dia yang mencuit hati arechik dan sis. Mudah-mudahan dia menjadi seorang anak yang solehah dan muslimah bertaqwa..Ya Allah berilah kekuatan pada diriku dan isteriku untuk mendidiknya menjadi insan pilihan di sisiMu.

Sabtu, Oktober 03, 2009

AKU TERIMA NIKAHNYA..

“AKU TERIMA NIKAHNYA RAIHAN ROSDINA BINTI AHMAD DENGAN MAS KAHWINNYA TIGA RIBU RINGGIT TUNAIII” lafaz keramat itu telah diucapkan pada hari Jumaat tanggal 13 Syawal 1422h bersamaan 28 Disember 2001 pukul 10.30 pagi bertempat di Masjid Rafeah Taman Uda Alor Setar. Ketika usia baru 19 tahun, arechik telah mengambil suatu keputusan untuk menambah satu lagi tanggungjawab yang besar iaitu sebagai seorang suami. Di kala sahabat-sahabat yang lain masih dihayun buai remaja, arechik menginsafi amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan segala urusan, cabaran, ujian dan rintangan sepanjang memegang gelaran seorang suami.

Namun tanggungjawab memandu sebuah kapal terbang tidak sempurna jika tidak dibantu oleh seorang co-pilot dan alhamdulillah arechik dikurniakan seorang pembantu yang hebat. Bermula kehidupan berdua, arechik bersyukur, bertuah dan beruntung kerana mengenali dan memiliki seorang wanita yang sangat penyayang, tabah, sabar, memahami dan menerima seadanya apa yang sekadar mampu disediakan. Dibina mahligai dalam serba kekurangan, beliau mencantikkannya dengan perhiasan bahagia. Inilah dikatakan sebagai MAWADDAH dan RAHMAH yang dicurahkan Allah dalam sebuah perkahwinan.

Kelmarin, 13 Syawal datang lagi. Kali ini lebih bermakna ia datang bersama pada hari Jumaat. Alhamdulillah memasuki tahun kelapan ikatan kasih dan sayang terbina antara arechik dan Sis Dyna. Sepanjang lapan tahun bersama, pelbagai corak dan warna hidup telah menghiasi kehidupan kami suami isteri. Tambahan dari itu Allah ganjarkan tiga permata berharga sebagai penyejuk mata kami di samping ia suatu amanah yang perlu dijaga dan digilap agar kekal bernilai di sisi Allah SWT. Muhammad Nur Aqmar (6 tahun), Muhammad Nuaim Ulwan (5 tahun) dan Nur Wafrah Batrisyia (3 tahun) dihadiahkan Allah dalam keadaan fitrah, harapnya arechik dan sis Dyna mampu mencorakkan mereka mengikut acuan yang Allah kehendaki insyaAllah.

Arechik berdoa agar kebahagiaan ini terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan segala cabaran serta ujian mendatang ketika melayari kebahagiaan ini dapat dihadapi dengan tenang dan penuh pengharapan dari Allah SWT.

Rabu, September 30, 2009

SUDAH SAMPAI MASANYA

Setelah bertangguh hampir setahun yang lalu, insyaAllah arechik dan sis Dyna akan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (master) pada hujung tahun ini. Pada mulanya arechik bercadang untuk menyambung pengajian dalam bidang pengajian Islam juga tetapi setelah dibincangkan (musyawarah panjang siap sekali dengan rasional dan keperluan semasa) dengan my darling, kami sama-sama bersetuju untuk meneroka lapangan ilmu yang baru iaitu bidang pengurusan. Universiti pilihan ialah UUM (taklah jauh sangat nak berulang alik)
Borang dah pun dicetak dan diisi, hanya tinggal satu dua perkara saja lagi yang perlu diselesaikan, insyaAllah bulan depan dah boleh hantar borang pendaftaran. Sebenarnya menjadi cita-cita arechik dan sis Dyna sejak berkahwin dulu untuk belajar sehingga ke peringkat PhD sebagai suatu kepuasan dan kejayaan dalam diri juga kehidupan. InsyaAllah matlamat peribadi arechik ialah mendapat gelaran Doktor Falsafah (PhD) sebelum berumur 35 tahun (lapan tahun dari sekarang). Jadi pasni arechik perlulah mengurus dan mengatur semula jadual peribadi agar watak seorang suami, ayah, anak, jurulatih, penulis dan pelajar dijayakan dengan sebaiknya. Ah ;) tak sabar rasanya nak kembali bergelar pelajar (walaupun hakikat proses pembelajaran adalah dari buaian hingga ke liang lahad)
Sebut tentang watak penulis, sekarang arechik kembali meneruskan minat yang dah lama layu tidak dibajai dan disuburkan. Jika sewaktu belajar dahulu, arechik lebih banyak menghasilkan artikel-artikel pendek dan alhamdulillah ia diterbitkan dalam majalah atau buletin keluaran JAKIM @ JAWI, kali ni arechik bercadang nak menghasilkan buku pula. (Jutaan terima kasih buat DR AMIDA (kak Anis) yang menjadi pencetus minat kepada arechik untuk menjadi penulis artikel ketika itu)
Idea dan konsep tulisan sudah lama tercipta tetapi terperam masam dalam laptop begitu saja. Sebabnya ialah sukar membawa jari-jemari ini mengadunkan idea2 tersebut menjadi sebuah tulisan (atas pelbagai sebab dan mungkin juga alasan) Namun pertemuan dengan Cikgu Abu Hassan Morad bersama anaknya Ummu Hani (penulis muda bertubuh kecil berjiwa besar) pada hari raya baru-baru ini menjadi penyuntik motivasi ke dalam diri arechik untuk berkecimpung secara serius dalam dunia penulisan. InsyaAllah sebelum tirai 2009 berlabuh, arechik MESTI siapkan satu tulisan berbentuk buku untuk diterbitkan (sama-samalah kita doakan).

Ahad, September 27, 2009

CATATAN SEMINGGU BERHARI RAYA

Selepas lebih seminggu bercuti dan berhari raya, alhamdulillah dengan izin Allah hari ini arechik menyambung semula tugasan yang terhenti. Oleh sebab mood raya masih dirasai, post kali ni nak cerita tentang pengisian hari raya arechik sekeluarga.

17 Sept 09 : Majlis Iftar Mahabbah anjuran Rebutia Training & Event Sdn. Bhd..Majlis ni dirancang dalam tempoh tidak lebih dari 2 minggu. Mulanya nak diadakan pada 11hb tapi memandangkan ramai dikalangan fasi masih belum pulang, tarikhnya diubah. Alhamdulillah walaupun tak semua yang dapat hadir, tetapi majlis tersebut tetap meriah. Kali ni Rebutia telah menyewa sebuah homestay dan menyediakan juadah berbuka dan moreh secara gotong royong). Alhamdulillah sajian sangat sedap hingga menjilat jari (sehingga ada idea buka Rebutia Catering..InsyaAllah)

18-20 Sept 09 : Kali ni giliran menyambut Aidilfitri di rumah mak ayah arechik pulak. Macam tulah setiap tahun dan mudah2an sampai ke akhir hayat..Warna tema arechik dan family melalui keputusan yang disepakati ialah warna kuning. Namun begitu tahun ni agak bersejarah sebab jumlah pakaian raya arechik sama banyak lah pulak dengan anak-anak..hehe..cadangnya setakat 2 pasang ja tapi my darling tambah sepasang lagi. Syukur2..Ditambah lagi dekat nak raya tu Allah limpahkan rezeki melalui bayaran bonus oleh Etiqa Takaful pd semua ejen2nya (rasanya dah lebih tiga tahun tinggalkan kerjaya ni)..Dapatlah jugak bagi duit raya lebih pada mama, abah, adik2, termasuklah my darling (taklah banyak tetapi sekurang2nya ada ;))



21 Sept 09 : Raya kedua balik kampung my darling di Kuala Nerang (lebih spesifik Naka). Dikhabarkan malam tu ada perhimpunan keluarga. Siap nak wat BBQ lagi..Menjelang petang hingga senja, penganjur masih blm kunjung tiba. Penaja tempat dan penaja sedikit makanan semua dah siap. So memandangkan semua sanak saudara nak merasai satay Arab (ditaja oleh my darling) disamping ikan bakar dan daging kijang (tajaan toksu dan pak chaq), so kami terus aja jalankan program..Selesai makan baru penganjur tiba. Masing2 dah letih, cuma ikan ja yg dibakar, udang dibuat goreng bersalut tepung.

22 Sept 09 : Balik ke rumah di Taman Uda..My Darling bersama Cikmah menyediakan sedikit juadah iaitu lontong dan sardin roll. Petang tu dua org bekas peserta Rebutia datang beraya. Pas pada tu sahabat arechik (kisahnya pernah ditulis di bawah tajuk SAHABAT YG HEBAT) juga datang. Syukur sangat boleh berbual panjang dengan dia. Dan hasilnya, arechik terus bermotivasi untuk sambung study (maklumlah sahabat arechik tu kan sedang siapkan PhD)

23 Sept 09 : Berhari raya ke rumah sanak saudara

24 Sept 09 : Rebutia telah menganjurkan Program Ziarah Aidilfitri. Alhamdulillah program ini telah disertai oleh semua jurulatih dan beberapa orang fasi. Sebanyak 10 buah rumah telah tersenarai dalam program ni (mujur 10 kalau lebih tentu kena wat dua hari). Program bermula pada pukul 8.30 pagi bertolak dari perkarangan bangunan plaza Alor Setar dan tamat pada pukul 7.00 malam di rumah Arelong.



25 Sept 09 : Lepas Jumaat, arechik sekeluarga membuat ziarah Aidilfitri ke rumah Ummu Hani (penulis buku Catatan Hati Nik Nur Madihah). Kali ni ayah beliau iaitu Cikgu Abu Hassan Morad (Pengarah Urusan Galeri Ilmu SB) turut ada. InsyaAllah perbincangan tak rasmi, tahun depan beliau bercadang nak anjurkan Program Cuti Sekolah dengan usahasama Rebutia. Terima kasih cikgu atas peluang itu dan mudah2an cadangan tersebut bertukar menjadi kenyataan dengan izin Allah.Tulah serba sedikit catatan sepanjang bercuti dan menyambut Aidilfitri. Sangat puas dan seronok sebab setiap hari cuti pasti ada program yang diisi. Justeru hari ini dah masuk kerja dan sekadar peringatan bersama jangan lupa kita teruskan pengisian jiwa dengan melakukan puasa sunat enam hari bulan Syawal pulak.

Rabu, September 16, 2009

IJAZAH KELAS TAQWA

Hari dan masa berlalu dan kini tinggal 3 hari saja lagi untuk kita terus berada dalam Universiti Ramadhan (UR). Kita berdoa agar semoga hari konvokesyen pada 1 Syawal nanti, kita semua akan dinobatkan sebagai graduan yang berjaya mendapat ijazah TAQWA. Dengan ijazah tersebut pasti kita hidup senang dan tenang di samping memperolehi pendapatan lumayan berbentuk pahala dan kemuliaan di sisi Allah SWT.
Soalnya, sejauh mana kita layak menggenggam ijazah TAQWA tersebut? Pelajar yang mengikut semua peraturan di UR, di samping gigih membaca dan menelaah buku kuliah bernama Al-Qur'an, tidak pernah mengecualikan diri dari kuliah Tarawih dan Tutorial Qiamullail di samping sabar dan gigih melawan keinginan membuak dari musuh nafsu sahaja yang insyaAllah boleh dipertimbangkan untuk memperolehi ijazah kelas TAQWA. Akan tetapi jika kita hanya mematuhi peraturan utama UR iaitu tidak makan dan minum di siang hari, selayaklah bagi kita untuk memperolehi ijazah kelas lapar dan dahaga sahaja..yang pelik, bila tiba hari konvokesyen nanti, kita pula yang lebih-lebih berseronok sana sini dengan memakai pakaian baru yang mahal dan cantik2. Sedangkan ijazah yang diperolehi hanyalah kelas paling bawah yang tidak mempunyai nilai.
Justeru, kita memohon agar setiap amal ibadah dan kebaikan yang telah kita lakukan ketika berada dalam UR tahun ini, Allah sudi untuk mengurniakan ijazah TAQWA kepada kita. Namun jika dari sekarang kita sudah mengetahui bahawa kita pasti tidak layak, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT agar mengizinkan kita mendaftarkan diri sekali lagi dalam Universiti Ramadhan tahun hadapan
Kepada semua sahabat, kenalan, adik2 dan yang mengenali diri ini, di kesempatan ini arechik ingin memohon jutaan kemaafan jika sepanjang kita berukhuwwah, terdapat salah silap yang sengaja atau tidak dilakukan..MINAL 'AIDIL WAL FAAIZIN, KULLU 'AAMIN WA ANTUM BIKHOIR..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Khamis, September 10, 2009

Panduan Diri @ Perhiasan Almari?

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan Arab” keluh Jamilah.“Ala, awak bukan reti pun bahasa Arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil..Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran.. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
"Alah pakcik ni, orang nak beli tentulah nak dibaca," celah Jamilah sambil mencebikkan mulutnya

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah.
Mungkin ‘terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
"Surah Ar Ra'd,apa benda nih” detik hati Nabil.
“BismillahirRahmaanirRahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Pertama kali ustaz baru tahu ada kalimah almari dalam al-Qur'an. Nabil, begini cara bacanya : Bismillahir Rahmanir Rahim..ALIF..LAAAM..MIIIM..RAAA" kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Tit..Tit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :

'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.


Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.

Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat'

Selasa, September 01, 2009

PERTEMUAN TERAKHIR

Lebih dua minggu beliau pergi meninggalkan kita, tetapi ingatan padanya terus mekar dalam ingatan. Sedikit rindu terubat apabila setiap hari mendengar gemersikan suaranya melalui nasyid2 dalam album terakhirnya bersama Rabbani. Semoga sekarang dikau bersemadi rehat dan tenang di sana.

Imbasan kenangan pertemuan pertama kami berlangsung pada tahun 2001 ketika arechik diberi tanggungjawab untuk mendapatkan kumpulan Rabbani bagi persembahan nasyid sempena Hari Terbuka Akademi Pegajian Islam UM Nilam Puri (APIUM NP). Kami berjumpa di Hotel Perdana Kota Bharu dan ketika itu Rabbani bersama beberapa kumpulan nasyid yang lain seperti Raihan, Hijjaz dan Inteam sedang membuat roadshow Konsert Nur Iman di sebelah Pantai Timur. Allahyarham seorang yang mesra dan ramah biarpun pertama kali bertemu. Rasa seperti tidak percaya ketika berjabat tangan memperkenalkan diri, Allahyarham terus bersalam dan memeluk arechik lalu bertanya khabar berita. Alhamdulillah, Allahyarham seorang yang sangat mudah berurusan. Erti kata lain tak demand lebih2. Setuju terus dengan bayaran yang pihak arechik mampu dan penginapan yang disediakan di rumah tamu tanpa bintang APIUM NP.

Setelah tamatnya konsert di APIUM NP, arechik dah tak bertemu dengan Allahyarham secara live hinggalah ketika arechik sambung belajar di UM Kuala Lumpur. Arechik dan Sis Dyna menyewa sebuah rumah di Kg Sungai Penchala bersebelahan dengan Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Sebulan dua sewa kat situ, arechik berjumpa lagi dengan Allahyarham di sekitar Pinggir TTDI. Macam biasa bila ditegur pasti disambut dengan mesra macam dah lama kenal. Time ni tunggu lagi, ambiklah no telefon Allahyarham. Hehehe apalagi rasa banggalah no telefon ustaz Asri ada dalam handset arechik..Dan waktu tu baru tau yang kebanyakan kumpulan nasyid dan juga artis2 di Malaysia tinggal dan mempunyai pejabat di kawasan TTDI dan Damansara. Setahun tinggal kat situ, kira jemulah jumpa artis dan ahli2 kumpulan nasyid yg top ketika tu seperti Hijjaz, Inteam, UNIC dan lain2..dan setahun tinggal di situ beberapa kali arechik berjumpa dan berbual ringkas dengan Allahyarham.

Pastu arechik pindah berdekatan dengan UM. Lama gak tak jumpa dengan Allahyarham hingga bertemu semula dalam Pesta Konvokesyen UIAM. Rabbani buat persembahan dengan Kumpulan Brothers. Arechik, Sis Dyna dan dua org lagi kawan hadir ke konsert tu. Habis konsert, ketika berasak2 nak keluar dewan, Allahyarham dan kawan2 Rabbani yang lain melintas depan kami nak ke meja utk sign autograf pada peminat. Waktu tu, Allahyarham nampak arechik, beliau terus berenti dan menuju ke arah arechik..”Assalamualaikum syeikh, enta apa khabar..lama tak jumpa” “Waalaikumussalam ustaz. Ana alhamdulillah..ustaz apa khabar? Sekarang ana tinggal dekat dengan UM” “Alhamdulillah ana sihat..oo patut pun lama tak jumpa enta”..Allahu Akbar, waktu tu rasa kagum dan respect habis pada Allahyarham. Beliau masih ingat lagi pada arechik rupanya.

Kali terakhir arechik berjumpa dengan Allahyarham ketika Rabbani buat persembahan di Pendang awal tahun ni. Alhamdulillah arechik sempat untuk bergambar dengan Allahyarham serta sahabat2 Rabbani yang lain. Tetapi tidak disangka itulah pertemuan terakhir kami dan itulah gambar terakhir dirakam arechik bersama dengan beliau. Sememangnya seperti yang diketahui Allahyarham mempunyai peribadi yang sangat mulia dan layaklah Allahyarham diiktiraf sebagai seorang pendakwah yang hebat dan istiqamah dalam dakwahnya melalui medium nasyid dan hiburan Islam. Semoga beliau mendapat ganjaran yang istimewa dari Allah SWT.

Selasa, Julai 14, 2009

Sahabat Yang HEBAT

Pagi tadi, sememangnya telah diatur Allah, terlintas di hati arechik ingin membuka YM menggunakan id lama “nur ulwan”..Tanpa disangka sahabat yang agak lama tidak bertanya khabar online..Asyraf Isyraqi, salah seorang sahabat arechik yang sangat baik, kaya dengan pelbagai ilmu bahkan cukup terkenal sewaktu di sekolah atas kehebatannya dalam akademik, ibadah mahupun akhlak. Walaupun hanya memulakan pengajian di Maktab Mahmud ketika di tingkatan empat, tetapi keistimewaan yang dimilikinya ialah beliau lebih muda dua tahun dalam batch kami. Kenapa? Sebab sewaktu di sekolah rendah, dek kepandaian dalam pelajaran membolehkan beliau ‘melangkau’ dua tahun..

Dah lama tidak bertanya khabar, pelbagai perkara dikongsikan bersama. Dari bab berkaitan keluarga hinggalah kerjaya. Sekarang saudara Asyraf sedang menyiapkan tesis PhD (Pendidikan Islam) beliau di Akademi Pengajian Islam UM. Hebatnya, beliau tidak perlu mengambil MA (Sarjana), tetapi menaiktarafkan tesis sarjana mudanya ke peringkat PhD..seperkara lagi kehebatan beliau ialah ketika berumur 23 tahun sudahpun memiliki dua ijazah. Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar dan Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Madinah..Allahu Akbar!

Sepanjang bersama dengannya di Maktab Mahmud dulu, saudara Asyraf seorang yang biasa. Tetapi hubungan dengan Tuhannya luar biasa, hubungan dengan ibu bapanya luar biasa, hubungan dengan guru2nya luar biasa, usahanya dalam pelajaran juga luar biasa..maka tidak hairanlah jika beliau mengecapi kejayaan-kejayaan di atas.

Arechik tinggal bersamanya dalam satu rumah sewa. Sepanjang bersama dan mengenalinya, beliau seorang yang sangat menjaga solat (solat tepat pada masanya), hampir setiap malam berqiamullail, rajin berpuasa sunat, setiap hari membaca al-Qur’an dan istiqamah (konsisten) dengan solat Dhuha, membaca surah al-Waqiah, al-Ma’thurat dan banyak lagi.

Kami semua kawan-kawan serumah senang dengan sikapnya. Beliau seboleh mungkin cuba elakkan dari menyakiti hati kami melalui cakap lepas atau perli melampau walaupun sekadar ingin bergurau. Sekadar berselisih pendapat biasalah, masing2 kan ulamak mestilah ada pendapat masing2.hehehe…

Dengan ummi dan abinya juga begitu. A kata ummi dan abi, A jugalah katanya. Pernah arechik pergi ke rumahnya bermalam di sana, melihat sendiri bagaimana hubungan dan tingkahlakunya dengan abi dan ummi nya..Pendek cerita mengikut kacamata arechik, semua ciri2 anak soleh ada padanya.

Begitu juga hubungan dengan guru. Menjadi lumrah, pelajar Maktab Mahmud ni terkenal dengan sikap tidur dalam kelas (difahamkan sampai sekarang pun camtu jugak)..Tetapi tidak bagi beliau. Beliau akan berusaha sedaya mungkin untuk elak dari tidur dalam kelas. Kelas kan tempat menuntut ilmu. Hilang keberkatan nanti..Beliau juga turut aktif dalam persatuan pelajar. Tahun 1999, beliau telah diberikan amanah sebagai Pengerusi Badan Dakwah Maktab Mahmud. Memimpin ketika berumur 15 tahun langsung tidak menampakkan rasa kekok dalam kepimpinan. Meletakkan konsep syura sebagai teras kepimpinan menjadikan beliau disenangi oleh sahabat pimpinan yang lain mahupun adik2 yang dipimpin.

Itulah serba sedikit kisah sahabat arechik ni. Sehingga ke hari ini, arechik sangat kagum dengannya atas kejayaan dalam pelbagai perkara. Beliau hebat sebagai hamba, anak, pelajar mahupun pemimpin. Arechik doakan beliau akan terus mencipta kejayaan pada masa mendatang. AMIN

Khamis, Julai 09, 2009

RASAILAH SENDIRI!

“Seronok dak pi rombongan?”.. “Seronoookk”.. arechik menyambut kepulangan Muhammad Nur Aqmar dan Muhammad Nuaim Ulwan dari mengikuti rombongan peringkat tadika. Riang gembira dan riak kepuasan pada muka mereka selepas dihadiahkan peluang untuk pergi rombongan. Walaupun hanya pusing beberapa tempat sekitar Alor Star dan Jitra, tetapi yang penting rombongan ini termasuk proses pembelajaran dan menuntut ilmu. Pembelajaran melalui pengalaman..

“Apa yang abang dan Nuaim dapat dari rombongan ni?” “Macam2..Kat Balai Bomba, abang dapat tau macamana ahli bomba menerima arahan untuk pergi memadam kebakaran. Pastu abang, Nuaim dan kawan-kawan tengok cara2 padam api. Habis api padam, kami semua tepuk tangan,” cerita Aqmar bersungguh-sungguh seperti biasanya…Macam tu jugak di muzium dan Lye Huat Garden (mini zoo), pelbagai maklumat baru yang Aqmar dan Nuaim terima melalui pemerhatian dan penerangan guru2. Alhamdulillah, tercapai objektif arechik menghantar mereka join rombongan tu.

Nuaim orang pertama turun dari bas..Masih pening2 lalat lagi tu, sbb br bangun tidoq ;)

Aqmar bergambar depan bas rombongan dengan baby Batrisyia

Mungkin mereka masih di peringkat tadika, tetapi adalah perlu mereka didedahkan lebih awal bahawa proses pembelajaran suatu perkara bukan melalui pembacaan buku atau di dalam kelas semata-mata tetapi juga melalui pengalaman..Maklum mengetahui melalui buku, tugas anggota bomba adalah berusaha memadamkan kebakaran..tetapi teknik dan bagaimana melakukan tugas tu ialah dengan pengalaman merasai dan melihat demo yang dipersembahkan.

Itu juga yang ditekankan dalam setiap program Rebutia. Bukan sekadar teori tetapi dikukuhkan lagi melalui simulasi dan pengalaman melakukan aktiviti. Semua orang boleh bercakap tentang teori itu dan ini, tetapi orang yang merasainya lebih mengetahui sejauh mana kebenaran teori itu. Contohnya rasa durian (maklumlah musin durian sekarang). Mereka yang biasa dan suka makan durian akan menyatakan isi durian sedap..Sedap tu macamana rasanya??..tiada cara lain untuk menafsirkan rasa sedap tu melainkan merasai durian itu sendiri.. Begitu juga dengan kejayaan atau kecemerlangan. Bila kita lihat orang yang berjaya, kita boleh lihat dia gembira. Tetapi bila ditanya bagaimana rasa gembiranya bila berjaya, confirm dia sendiri tak mampu nak menerangkannya. So, nak rasa erti gembira mendapat kejayaan itu, tiada pilihan melainkan kena berusaha untuk berjaya dahulu.

Selepas solat maghrib, pelbagai maklumat baru lagi dikongsikan oleh Aqmar dan Nuaim dengan arechik dan sis Dyna. Kami turut memberi penerangan tambahan agar mereka lebih memahami beberapa perkara khususnya budaya dan cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang mereka lihat di Muzium Negeri. InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, arechik sekeluarga akan pergi bercuti ke Kelantan sebelum puasa nanti. Mudah-mudahan banyak lagi ilmu baru yang mereka akan perolehi melalui percutian di sana nanti.

Ahad, Julai 05, 2009

LUKISAN ALAM

Hampir tiga minggu tak menulis. Fasi2 dan adik peserta program dah tegur.arechik minta maaf! Byk perkara nak dikongsikan tetapi ntah, MOOD menulis tak datang..ya MOOD!..Takdak MOOD menyebabkan arechik rasa tidak ada selera untuk menulis. Alhamdulillah saat ini mood menulis datang dan arechik ingin kongsi sesuatu di sini.

Dua minggu lepas, Alhamdulillah RTE penuh dengan program. Bermula dengan Program PINTAR sekolah angkat POS MALAYSIA di Dusun Minda Resort pada 22-24 Jun, selepas itu diikuti program sehari JUARA Calon PMR SMK Merbok. Keesokkan harinya, arechik dijemput mengisi slot ceramah bertajuk “Menjadi AJK Pengajak” kepada lebih 50 orang AJK Aspuri Maktab Mahmud Alor Star..(ah, terkenang waktu study dulu..setengah jam muqaddimah ceramah kongsi cerita dan gelagat arechik ketika study dulu..hehe)

Untuk program Pos, kali ni arechik rasa puas sbb boleh join sepenuh masa. Tahun lepas, hari kedua program arechik terpaksa meninggalkan program memandangkan pada waktu tu arechik masih lagi bekerja di Jabatan Zakat Kedah. Dan arechik juga turut berpuas hati sbb arechik dapat kendalikan slot kuliah sepenuhnya mengikut flow yang telah ditetapkan (tidak seperti tahun lepas). Cuma, kali ni orang kuat Pos Malaysia aja yang tak dapat bersama sepenuhnya dalam program memandangkan mereka ada majlis lain di KL. So malam hari pertama mereka dah balik. Kalau tak tentu best tengok gelagat diorang (khususnya si Hazel) sbb kali ni bentuk program hampir keseluruhannya outdoor.

Daripada keseluruhan pengisian program, arechik cuma nak bercerita tentang trekking pada hari kedua. Dalam pukul 10 pagi, trekking bermula. Agak mencabar sebab trekking ni kena memanjat bukit yang hampir 90 darjah tingginya. Sepanjang mendaki nak ke check point, dekat lima kali jugaklah arechik stop ambik oksigen. Terasa lah diri ini semakin tua dan semakin berkembang ;). Jika waktu remaja dulu, apalah sangat bukit setinggi tu. Suruh naik turun pun no hallah (astaghfirullah, riaklah pulak). Alhamdulillah,akhirnya sampai jugak. Arechik kena jaga di puncak bukit sebab mengikut perancangan, adik2 peserta akan menunaikan solat Zohor di situ.

Di puncak, terpampang keindahan ciptaan Allah..SUBHANALLAH..nampak kawasan sekitar Kuala Nerang, sempadan dengan Perlis dan Thailand. Juga dari situ boleh nampak UUM. Keindahan alam yang dilukiskan Allah pasti tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun termasuk mereka yang terkenal sebagai pelukis yang hebat. Inilah sebahagian tanda kebesaranNya. Siapalah kita untuk melawanNya jika kita sendiri tidak mampu menandingi kehebatan lukisan alam ini..Sujud syukur tanda terima kasih padaNya yang menjadikan alam ini tempat untuk kita menghuni buat sementara dilengkapi pula dengan sumber makanan yang melimpah ruah.

Disebabkan adik-adik peserta kali ini hebat belaka, pukul 12 tengahari kumpulan pertama dah pun sampai di puncak. Zohor lambat lagi, so apa yang boleh buat? Berkongsi dengan adik2 tentang kebesaran Tuhan melalui kejadian alam. Siapa diri kita berbanding Khaliq (Pencipta alam ini dan penghuninya). Mudah-mudahan apa yang dikongsikan tersemat kekal di dalam diri. Perjalanan diteruskan dan trekking tamat lebih kurang dalam pukul 2 petang. Sampai bawah apalagi pakat serbu makan tengaharilah. Lagi best sbb semua senyap ja time makan tu. Semuanya fokus menjamu selera. Siannya, lapar sangat kot.hehe…

Tamat ja program tu, arechik rasa tak sedap badan. Seram sejuk. Ya Allah, demam..Apa taknya, waktu jaga kat puncak bukit, panas terik sangat. Pastu malam tu pulun makan durian dengan trainer dan fasi yang diberikan oleh manager kem. Minum air kurang pulak. semuanya faktor pendorong..padan muka..apalagi, balik rumah, main kejap dengan anak2 dan terus rehat. Maklumlah esok ada program lagi di SMK Merbok. Alhamdulillah, bangun esok pagi dah sihat dan boleh meneruskan program hari tu. Moral of the story, banyakkan minum air ketika program. InsyaAllah suhu badan dalam keadaan terkawal.hehehe.

Segala-galanya diizinkan Allah berjalan lancar seperti yang dirancang. Dan sekarang tenaga utama RTE kembali sibuk mengatur program-program yang hendak dilaksanakan sepanjang baki enam bulan 2009. Allahu Akbar, sekejapnya masa berlalu. Dah habis setengah tahun. Mudah-mudahan RTE terus diberi kekuatan untuk memberi khidmat dan bakti melalui program latihan dan pembangunan insan.

Rabu, Jun 17, 2009

MENCIPTA KEJUARAAN YANG BERMAKNA

Alhamdulillah, baru ja selesai program JUARA anjuran Jabatan Zakat Negeri Kedah yang dikendalikan sepenuhnya oleh RTESB. Peserta-pesertanya kali ni pula merupakan calon2 SPM yang datang dari sekolah2 dalam daerah Kubang Pasu dan Padang Terap. Tempat berlangsung macam biasalah kalau tak sekolah mantop, SAINA.

Tentang program, arechik tak bercadang nak ulas panjang2..jika kata bagus, masuk bakul angkat sendiri lak. Yang penting apa yang nak dikongsikan ngan adik2 semuanya telah cuba disampaikan dengan sebaik mungkin melalui sapa lagi kalu tak 3 orang trainer RTESB dibantu oleh 4 orang FC.




Buat adik2 arechik peserta JUARA@SAINA, program ni best ke tak, tu semua tak penting. Yang penting adik dapat sesuatu untuk dibawa pulang sebagai persiapan atau panduan adik ketika dalam misi memburu keJUARAan dalam SPM 2009.

Kegagalan dan kekecewaan lalu buang jauh2. Hantaq pi ke tengah laut. Jangan dok pikiaq dah. Yang penting adik masih diberi peluang sekali lagi. Guna dan rebut peluang ni untuk buktikan yang adik boleh bergelar seorang JUARA. JUARA pada kaca mata ibu bapa, guru2, rakan2, adik beradik kita dan lain2. Untuk mencipta keJUARAan tak dapat tidak memerlukan usaha yang luar biasa. Alah dik, now dah bulan 6 so berapa bulan ja lagi adik nak kena kerja keras. Pulun habis-habisan, insyaAllah Allah tidak akan mensia-siakan usaha dan kerja keras adik.

Namun jika adik tetap hanya mahukan suatu keputusan biasa (bagi orang lain yang JUARA dalam pertandingan ini), arechik, arelong, sis Dyna dan abang kakak FC nak boleh buat apa. Itu pilihan adik. Cuma ingat setiap pilihan ada akibatnya. Jika tahun depan orang lain boleh sambung belajar ke IPT idaman dan paling bahagia dapat menggembirakan ibu ayah, adik pulak macamana? Dik, arechik cabar, buat sekali bagi mak ayah adik tersenyum, riang gembira dan menitiskan air mata atas kejayaan adik. Pada waktu tu adik akan rasa betapa bermaknanya adik sebagai seorang anak dan sangat bahagia yang tak boleh diucapkan melalui kata2. Kalau tak percaya, try buat kali ni untuk SPM 2009. Satu lagi, bila gembirakan mak ayah ni, rahmat Allah terus mencurah-curah dalam hidup kita. Buktinya dah depan mata, apa yang kakak Nik Nur Madihah nikmati sekarang..Taktau pun apa yang dia dapat??? Dapatkan segera buku “CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH” sama ada melalui kami atau di kedai buku Popular dan yang sewaktu dengannya. Daripada bazirkan duit mak ayah beli topup, kemudian dok sms dengan “Boyafren@Gilafren” yang dia sendiri pun masih tak tahuan kalu arah hidup dia, lebih baik beli buku ni. Sarat dengan motivasi dan iktibar buat pelajar.

Adik, cakap banyak pun tak guna. Bangun dan terus gerakkan segala kekuatan yang masih Allah berikan untuk terus FOKUS, USAHA yang KONSISTEN, dan penuh berSEMANGAT. Susah belajar memang susah dik tapi SABAR sat, adik dah menghampiri garisan penamat. Susah belajar sebab adik tak faham, selesaikan problem tu dengan mencari guru2 atau kawan2 untuk membantu. Dengan Tuhan, jangan lupa. Jaga SOLAT dan banyakkan BERDOA mohon dipermudahkan usaha adik dan kurniakan keJUARAan. Terus membuat pecutan dan sampailah ke garisan penamat di sekolah adik sebagai SEORANG JUARA.

Selasa, Jun 16, 2009

TEKA TEKI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya,

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"

Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang PALING DEKAT dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati( Surah Ali Imran :185).

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang PALING JAUH adalah MASA LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang selari dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tapi yang PALING BESAR adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka."

Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang PALING BERAT adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang PALING RINGAN sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
"Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang PALING TAJAM sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Selasa, Mei 26, 2009

MEI 2009

Minggu lepas arechik, arelong dan sis dyna berkesempatan dan berpeluang menjadi pemerhati sebuah program teambuilding sebuah jabatan kerajaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh ZIQZUL CORPORATION SDN.BHD (sebuah syarikat yang berpengalaman luas dalam program2 pembangunan organisasi). Program yang dijalankan di Pendang Lake Resort selama 4h 3m itu banyak memberi pendedahan dan ilmu2 baru kepada arechik dan tenaga jurulatih yang lain bagaimana memantapkan teknik dan cara pengendalian program2 organisasi di samping dapat belajar beberapa modul baru yang boleh digunakan nanti. Pengalaman manis dalam program ni ialah dapat merasai keseronokan bermain Paint Ball..Main dengan otai2 yang mantap lagi power, maka usah ditanya siapa yang menang dan kalah...hehehe...lebam kena peluru pun masih terpamer cantik di badan ni. Apapun berjuta-juta terima kasih diucapkan kepada ZIQZUL kerana sudi menjemput tenaga RTESB dalam program tersebut, sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dan bersedia membantu RTESB pada masa akan datang. Semoga jalinan persaudaraan dan perniagaan yang kuat akan tetap berterusan, insyaAllah.


Di pagi 25 Mei 2009

25 Mei 2009, genaplah 27 tahun usia isteri kesayangan Raihan Rosdina Ahmad (Sis Dyna)..Dah semakin tuo nooo..Semoga ayang terus dilimpahi barakah dan redha Allah sehingga ke akhir hayat dan jangan lupa jaga kesihatan sebaiknya..maklumlah semakin berumorrr..hehe..Alhamdulillah, dengan rezeki yang diberikan Tuhan, dapat juga arechik menghadiahkan sesuatu sempena ulangtahun kelahirannya. Apa hadiahnya??lebih baik tanya pada si empunya diri.malu nak habaq kat sini..

Arechik juga nak ucapkan tahniah buat adik arechik, Muhammad Nizwan Amin bin Rosdi yg baru saja menamatkan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Pongsu Seribu, Penang..Setakat habis belajar tu biasalah tapi dia berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam kedua-dua semester sepanjang di KM tu..Sem 1 dapat 4.0 dan sem 2 dapat 3.95 (bukan senang tu)..tahniah juga sbb terus menggembirakan hati mama abah..Semoga impian dan cita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan tercapai.

Tak dilupakan juga selamat berjuang dan selamat belajar kepada adik-adik fasi Rebutia yang melanjutkan pelajaran dalam bidang masing2..Bro Ilyas sedang belajar di INTEC, pas 2 thn sambung belajar di Jepun (cita-citanya sejak kecil lg); Bro Am dan Bro Fizi di UTP; Sis Matun di UIA; Pasangan Kembar Rebutia, sorang di UM Nilam Puri dan sorang lagi di Kolej Matrikulasi Changlun; dan pasni Sis Aqmar akan wat persediaan untuk sambung study di Perancis. Di mana juga kalian berada, terus fokus, jaga solat dan jangan lupa pada Tuhan serta jadilah diri sebagai yang terbaik di kalangan mereka yang terbaik.

Apa nak ghoyak lagi nii..ehm, RTESB ingin mengalu-alukan kehadiran 2 tenaga baru sebagai fasi Rebutia iaitu Bro Najmi dan Sis Tity. Semoga dapat bersama-sama berganding bahu dengan kami menjayakan program-program akan datang..Kepada adik2 dan mereka di luar sana yang berminat untuk menjadi fasi Rebutia, boleh hubungi kami di talian 04-733 4002..Syarat minima mesti lepas SPM (result mesti power), yg lain2 tu kita sembang lain.

Rabu, Mei 13, 2009

APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG???

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Isnin, April 20, 2009

USAH BERTANGGUH

Pagi 13 April 2009, arechik ada sedikit urusan di Tabung Haji (TH) Alor Setar, tiba2 telefon berbunyi..siapa pulak yang kol ni..tgk di skrin telefon terpapar perkataan “Kakak”. Ooo adik arechik rupanya. napa pulak kol ni..disebabkan patuh kpd larangan bercakap telefon dalam TH, lalu ditekan butang off. japgilah kol balik. lantas terus selesaikan urusan tadi.

Selesai ja urusan terus ke kereta..arelong dan sis Dyna sedang menunggu.. “Pasaipa tak angkat telefon?”tanya Sis..“napa? dok dlm TH tadi”. “kakak kol. bagitau yang pakcik Zul dah meninggal. Dia kemalangan pagi tadi di Rawang.” “Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji’uun”..dalam keadaan terkejut dan antara percaya dan tidak, arechik terus kol adik arechik untuk kepastian..ya, pakcik Zul atau nama penuhnya Zulkhibri Md Saad terlibat dalam kemalangan bas AB ekspress di Rawang pagi tadi dan dia salah seorang daripada enam orang yang meninggal dunia dalam kejadian tu.

Balik ofis, arechik tak boleh fokus dengan kerja. Terbayang wajah bapa saudara arechik tu. Seorang yang sangat baik, merendah diri, kuat bekerja, tak suka untuk berbicara tentang keburukan orang lain dan sebagainya. Membesar tanpa mendapat kasih sayang ibu dan ayah sejak berusia 6 bulan lagi, dalam usia 35 tahun, Allah lebih menyayanginya. Pergi mengadap Tuhannya dengan meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil. Asalnya seorang pemandu lori barang, bertukar karier kepada pemandu bas dengan alasan ingin mendapatkan gaji yang lebih tinggi.sungguh murni niatnya bagi mencari nafkah buat keluarga..Namun apa yang kita semua tidak tahu dan sedari itu adalah tanda awal beliau akan pergi terlebih dahulu bertemu dengan Allah Subhanahu Wataala. Siapa sangka dalam usia yang masih muda dan sihat walafiat, kemalangan menjadi asbab kepada kematiannya. Benarlah firman Allah:

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan."

Kematian tidak mengenal usia. Disangka tua baru mati, ramai orang muda telah mati..Disangka sakit baru mati, ramai juga orang yang masih sihat tiba-tiba dengar dah meninggal dunia..Kenapa? sebab kematian ni urusan Allah. Dia sahaja yang Maha Mengetahui setiap giliran untuk mematikan manusia.

Sebagai manusia yang masih diberi peluang untuk bernafas, sudahkah kita bersiap sedia dengan bekal amalan yang sepatutnya? Usah tangguh-tangguh lagi. Selagi sihat dan kuat, mari kita lipatgandakan amalan..Check balik amalan yang sedang dibuat..sudah mencapai tahap berkualiti atau hanya sekadar melepas batuk di tangga..Selain itu, jangan lupa menyediakan keperluan hidup untuk ditinggalkan kepada keluarga di dunia seperti sabda Rasul Salallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : ”Tinggalkanlah keluargamu dalam keadaan senang adalah lebih baik dari ditinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”..Segala hutang piutang pula bereskan terlebih dahulu dan andaikata terdapat salah silap dan kesalahan sesama manusia, cari mereka dan mohon kemaafan serta halalkan apa yang telah termakan dan terminum..Mudah-mudahan sewaktu malaikat Izrail datang menjemput, iman dan taqwa kita berada pada tahap terbaik yang mampu kita persembahkan. Firman Allah SWT dalam surah As-Sajadah ayat 11 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)."

Nabi Salallahu Alaihi Wasallam pernah menyatakan, orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati..semua manusia mengakui kehidupan selepas kematian itulah yang hakiki bukan hidup di dunia yang bersifat sementara. Sudah tentu mereka yang selalu mengingati mati ini akan berusaha sedaya upaya menyediakan bekal secukupnya untuk menghadapi kehidupan yang hakiki bermula di alam barzakh. Dan kesenangan di alam barzakh hanya disediakan kepada mereka yang menjadikan cara hidup Islam sebagai cara hidup pilihan di dunia.

Realiti semasa menggambarkan manusia semakin jauh dengan Allah, semakin dekat dengan curam azab siksaan. Bila disebut tentang kematian, mereka takut mendengar dan terus bertukar topik perbualan. Takutnya mereka hanya dengan satu sebab. Tahu yang mereka belum bersedia menghadapi saat itu..Mereka juga tahu kematian adalah pemisah kepada semua kemanisan hidup...kami nak enjoy dan hidup puas2 lah dulu, barulah nak fikir tentang bertaubat dan beramal..Masalah problemnya, malaikat maut takkan menunggu kita. Dapat ja tugasan, patuh dan bertindak sebaiknya. Nabi Salallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah menyatakan bahawa sebelum tiba ajal seseorang itu, malaikat maut akan pergi menjenguknya selama 40 hari berturut-turut.

Justeru, bersiap sedialah kita dari sekarang. Bersedia bukan bererti meninggalkan kehidupan dunia tetapi menjadikan peluang kehidupan di dunia sebagai ladang menanam benih amal melalui penjagaan hubungan dengan Allah dan makhluk Allah di sekeliling. Dengan izin Allah, hasil tanaman ini akan kita tuai di ’sana’ nanti..Mohon perlindungan dari Allah dari tergolong dalam kumpulan manusia seperti yang difirmankan Allah ini
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".