? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, Disember 25, 2008

Semakin Hampir Ke Penghujung

BISMILLAHI WALHAMDULILLAH…Ehm, sedar tak sedar kita dah pun di penghujung tahun 2008..tapi jangan buat-buat lupa, tahun hijrah 1429 lebih dulu meninggalkan kita..jadi macam biasalah..bila sampai je tahun baru, pasti ramai yang akan bertanya apa azam tahun baru..waktu tu mulalah garu kepala fikirkan apa azam baru..yelah azam tahun 2008 pun belum tercapai sepenuhnya lagi..lagi parah jika langsung tak tercapai…hehehe..

Sebelum arechik mengulas lanjut tentang azam tahun baru, arechik nak mengajak merenung sejenak tentang tahun 2008 atau 1429 yang akan meninggalkan kita..Tahun yang pergi dan akan datang merupakan “Sunnah Allah”, takde siapa yang mampu mengubahnya..Namun bila ini berlaku, sebenarnya ia adalah isyarat bahawa kita manusia semakin hari, bulan dan tahun, semakin hampir ke penghujung kehidupan..soalnya, bersedia atau belum kita untuk melalui saat tersebut..tepuk dada, tanyalah iman…

Di saat ini Allah masih mengizinkan kita menghirup oksigenNya dan mengecapi hidup di bumiNya (ALHAMDULILLAH)..namun, sampai bila keizinan itu akan diberikan..mungkin ada di kalangan sanak saudara dan sahabat handai kita tidak diizinkan merasai nikmat kehidupan seperti yang sedang kita rasa sekarang..mereka sudah pergi mendahului kita bertemu dengan Allah..bila pula “turn” kita akan sampai ya??..mungkin tahun 2009, 2010 atau selepas itu…benarlah sabda Junjungan Mulia bahawa ORANG BIJAK adalah orang yang selalu MENGINGATI MATI..Ingat mati je bukan lagi bijak namanya tetapi mengingati mati disusuli dengan melakukan persediaan bekalan amal yang sepatutnya, itulah orang yang bijak..mudah-mudahan di saat kita masih diizinkan mengecapi nikmat masa dan kesihatan ini, rajin-rajinlah menyiapkan bekal amalan untuk kehidupan selepas kehidupan dunia nanti..

Berbalik tentang azam tahun baru, arechik nak ingatkan pada diri arechik dan rakan-rakan semua; jangan asyik buat azam untuk hal ehwal dunia je hinggakan azam untuk hal ehwal ibadah dan akhirat dilupakan..dan jangan azam untuk akhirat je, azam dunia diketepikan..tak boleh macam tu..sbb Rasulullah dah pun berikan kayu ukur pada kita..”Kerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selamanya dan kerjalah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati pada keesokkan hari”...apa yang Nabi nak suruh dalam hadith ni??..BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM USAHA DAN KERJA BUAT DUNIA DAN AKHIRAT..barulah boleh rasai nikmat HASANAH DUNIA DAN HASANAH AKHIRAT.

Justeru, mulalah berazam apa yang kita nak lakukan dan nak dicapai dalam tahun 2009 dan 1430..jika azam 2008 belum tercapai usahakan lagi..ingat, mesti balance..tak pun lebihkan akhirat....sebab dunia ni sementara je..hidup akhirat yang kekal abadi..Azam arechik??hehehe..dah ada pun..cuma nak usaha capai dahulu azam 2008 yang belum tercapai…Menunaikan umrah pada bulan Ramadhan…mudah-mudahan Allah izinkan…Doa daripada arechik untuk semua : KULLU ‘AMIN WA ANTUM BIKHAIR

Rabu, Disember 24, 2008

Siraman Zikrullah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kisah Seekor Katak

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil berlumba lari.. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberi semangat kepada para peserta...Perlumbaan dimulakan...
Secara jujur tak satu pun penonton yakin bahawa katak-katak kecil itu akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara:
"Oh, jalannya terlalu sukar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak!!
Menaranya terlalu tinggi...!!"

Katak2 kecil mulai berjatuhan... Satu persatu...Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan...semakin tinggi...dan semakin tinggi.. Penonton terus bersorak

"Terlalu sukar !!!
Tak seekor pun akan berjaya!"

Lebih banyak lagi katak kecil letih dan menyerah...Tapi ada seekor katak yang terus menaiki hingga semakin tinggi dan tinggi...Dia tidak menyerah!

Akhirnya, katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak menara...Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Salah seekor peserta bertanya apakah rahsia kejayaan katak tersebut?

Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu seekor katak yang PEKAK!!!!

Pengajaran dari cerita ini adalah:
Jangan mendengar kata-kata atau tanggapan negatif orang lain terhadap usaha yang kita lakukan...kerana menjadi fitrah manusia suka melihat kegalan manusia lain daripada melihat kejayaannya.

Justeru itu, tetaplah selalu....POSITIF!

Dan yang paling penting:
Buat PEKAK jika orang berkata kepada kita : Engkau takkan mampulah capai cita-cita engkau tu! Selalulah berfikir dan berkata : SAYA BOLEH!

Bukan Milik Kita

BISMILLAHI WALHAMDULILLAH…Minggu lepas arechik, sis Dyna dan Nick (adik peserta Dynamic Summer Camp) telah pergi ke Karnival Silaturrahim dan Ekspo Perdagangan (KASEP) yang bertempat di Stadium Mini Pendang, Kedah. Kami ke sana sebab nak tengok konsert nasyid yang diadakan pada sebelah malamnya. Artis nasyid yang membuat persembahan pada malam tu terdiri daripada Kumpulan Rabbani, In Team dan Far East.

Persembahan nasyid pada malam tu sangat memuaskan hati. Nasyid yang dinyanyikan sedap didengar. Ditambah dengan suara yang merdu, lagilah mantap (segala puji bagi Tuhan yang mengurniakan suara yang sedap buat mereka). Dan yang paling penting semua nasyid tu mempunyai mesej yang sangat baik dan berguna..Antara banyak-banyak nasyid yang didendangkan, paling menyentuh hati arechik ialah nasyid lama Nadamurni yang dinyanyikan semula oleh Rabbani bertajuk “Mana Milik Kita”..Antara bait lirik dia kalau tak silap arechik lah lebih kurang macam ni :

Mana milik kita,
Tidak ada milik kita,
Yang ada hanyalah Allah yang punya,
Tidak ada milik kita,
Kita hanya mengusahakan saja ...

......
Ehm, setakat tu ja yang ingat...Walaupun lirik keseluruhan nasyid tu nampak biasa tapi ada ’ruh’..Mengingatkan apa yang kita miliki sekarang hanyalah berupa pinjaman sementara dari Allah..anggota tubuh badan, wang ringgit, harta benda, ilmu dan lain-lain semuanya milik Allah..Allah bagi pinjam sekejap ja pada kita untuk melihat adakah kita akan menjaga dan menguruskan harta pinjaman ni dengan sebaik-baiknya.Dalam erti kata yang lain menggunakan pinjaman Allah selaras dengan kehendakNya.

Dua hari selepas tu arechik dan sis Dyna pergi pula ke Karnival Islam Annajah yang diadakan di perkarangan Masjid An-Najah Padang Serai, Kulim (amboi jalan sakan nampak, maklumlah anak-anak semua pegi bercuti ke KL). Malam tu ada ceramah Muhibbah yang disampaikan oleh Ustaz Naim Islam dan Ustaz Ann Wan Seng (AWS). Tapi last minute Ustaz AWS tak dapat datang sebab terperangkap dengan kesesakan atas jambatan Pulau Pinang (sebab orang berpusu-pusu nak ke Pesta Pulau Pinang)..Mudah-mudahan tercatat pahala untuk Ustaz AWS atas niatnya untuk menghadiri majlis malam tu..

Ustaz Naim Islam banyak menceritakan tentang kisah beliau sewaktu mula Islam, cabaran dan salah faham yang berlaku antara golongan orang Islam dan orang belum Islam.Cuma dalam banyak-banyak isi ceramah beliau, arechik tertarik dengan ungkapan beliau yang menyatakan tubuh badan yang Allah berikan ini bukan milik kita tapi milik Allah. Hujahnya mudah, kalau tubuh badan ni milik kita sudah tentu kita tidak jadikan ’kematian’ untuk diri kita. Sebaliknya bila tubuh ini milik Allah, kematian dijadikan kerana Allah ingin mengambil semula hak milikNya.

ALLAHU AKBAR...kerdil sangat kita depan Allah. Apa yang kita megah selama ini; rupa dan kecantikan, ilmu dan kepandaian, wang ringgit dan kekayaan serta segala-galanya, semuanya milik Allah bukan milik kita..Atas sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Dia berikan pada kita..Dia nak melihat bagaimana kita menggunakan pemberian sementara itu..bersyukur atau sebaliknya..untuk kebaikan atau keburukan..ke arah redha atau murkaNya.

Marilah kita bermuhasabah dan menginsafi diri..Jangan biarkan barang pinjaman yang kita dapat dicemari dan dikotori sehingga menimbulkan kemarahan dan kemurkaan Tuan yang memberi pinjaman..Gunakanlah anggota tubuh badan yang diberikan dengan melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya; ilmu dan kepandaian dikongsi dan dicurahkan bersama orang lain; wang ringgit dan kekayaan disedekahkan, dihadiahkan dizakatkan dan dimanfaatkan untuk pembangunan Islam serta umatnya..mudah-mudahan sewaktu Tuhan mengambil hakNya semula, Dia gembira dan sudi menghadiahkan ganjaran syurga atas apa yang telah kita lakukan.

Ahad, Disember 21, 2008

Suatu Permulaan

Assalamualaikum wrt.wbt

ALHAMDULILLAH jutaan syukur dipanjatkan pada Allah Azza Wajalla atas RAHMAT KASIH SAYANGNYA, arechik berjaya mewujudkan blog peribadi ini sebagai satu lagi saluran meneruskan rantaian dakwah Nabi Salallahu Alaihi Wasallam..TERIMA KASIH YA ALLAH

Namun blog ini pasti tidak berjaya dihasilkan jika tidak mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada insan tersayang, isteri tercinta "sisdeena"(lawati ia di http://sisdeena.blogspot.com/).. maklumlah saya 'budak baru belajar'..byk kecacatannya di peringkat awal ini..terima kasih ayang..

Disebabkan arechik sudah sepenuh masa dlm bidang training, maka sengaja arechik memilih MOTIVASI DIDIKAN QALBU sebagai nama blog..InsyaAllah Rebutia sendiri akan menjadikan "Didikan Qalbu" sebagai asas dalam semua pakej program latihannya..sbb,baik atau buruknya seseorang itu terletak sejauh mana ia pandai mengurus dan mendidik qalbunya seperti yg telah Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam nyatakan "Dalam diri manusia ada seketul daging yang jika baik daging itu maka akan baik (peribadi) manusia seluruhnya, jika ia buruk maka akan buruk (peribadi) manusia seluruhnya, itulah Qalbu (hati)"

Dalam mendidik dan mengurus hati (qalbu) agar sentiasa patuh dan taat pada suruhan Allah dan tinggalkan segala laranganNya, acuan Al-Quran dan As-Sunnah perlu digunakan..Jika kita guna acuan yang lain, maka apa yang kita harapkan tidak akan tercapai..contohnya macam mak kita di rumah nak buat kek atau kuih..acuan yang digunakan mesti bersesuaian bagi menghasilkan kek atau kuih yang diingini..Tapi kalau nak buat kek menggunakan acuan kuih,pasti kek yang dihasilkan tak menjadi atau tak cantik..Justeru, dengan menjadikan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai acuan mendidik hati, ia akan menghasilkan suatu peribadi yang baik dan mulia..bukan saja Allah dan Rasul sayang pada kita bahkan semua manusia dan makhluk ciptaan Tuhan senang dengan kita...Hidup kita tenang dan bahagia selamanya..

Ehm..Cukup setakat ni dulu..nak sambung buat 'gheja' pulak..Jutaan terima kasih dan jazakumullah khairan jaza' kepada mereka yang sudi menjenguk atau singgah ke blog arechik ni..InsyaAllah ada masa arechik akan meneruskan coretan dengan tajuk "Bukan Milik Kita"

Wassalam