Assalamualaikum wrt.wbt
ALHAMDULILLAH jutaan syukur dipanjatkan pada Allah Azza Wajalla atas RAHMAT KASIH SAYANGNYA, arechik berjaya mewujudkan blog peribadi ini sebagai satu lagi saluran meneruskan rantaian dakwah Nabi Salallahu Alaihi Wasallam..TERIMA KASIH YA ALLAH
Namun blog ini pasti tidak berjaya dihasilkan jika tidak mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada insan tersayang, isteri tercinta "sisdeena"(lawati ia di http://sisdeena.blogspot.com/).. maklumlah saya 'budak baru belajar'..byk kecacatannya di peringkat awal ini..terima kasih ayang..
Disebabkan arechik sudah sepenuh masa dlm bidang training, maka sengaja arechik memilih MOTIVASI DIDIKAN QALBU sebagai nama blog..InsyaAllah Rebutia sendiri akan menjadikan "Didikan Qalbu" sebagai asas dalam semua pakej program latihannya..sbb,baik atau buruknya seseorang itu terletak sejauh mana ia pandai mengurus dan mendidik qalbunya seperti yg telah Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam nyatakan "Dalam diri manusia ada seketul daging yang jika baik daging itu maka akan baik (peribadi) manusia seluruhnya, jika ia buruk maka akan buruk (peribadi) manusia seluruhnya, itulah Qalbu (hati)"
Dalam mendidik dan mengurus hati (qalbu) agar sentiasa patuh dan taat pada suruhan Allah dan tinggalkan segala laranganNya, acuan Al-Quran dan As-Sunnah perlu digunakan..Jika kita guna acuan yang lain, maka apa yang kita harapkan tidak akan tercapai..contohnya macam mak kita di rumah nak buat kek atau kuih..acuan yang digunakan mesti bersesuaian bagi menghasilkan kek atau kuih yang diingini..Tapi kalau nak buat kek menggunakan acuan kuih,pasti kek yang dihasilkan tak menjadi atau tak cantik..Justeru, dengan menjadikan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai acuan mendidik hati, ia akan menghasilkan suatu peribadi yang baik dan mulia..bukan saja Allah dan Rasul sayang pada kita bahkan semua manusia dan makhluk ciptaan Tuhan senang dengan kita...Hidup kita tenang dan bahagia selamanya..
Ehm..Cukup setakat ni dulu..nak sambung buat 'gheja' pulak..Jutaan terima kasih dan jazakumullah khairan jaza' kepada mereka yang sudi menjenguk atau singgah ke blog arechik ni..InsyaAllah ada masa arechik akan meneruskan coretan dengan tajuk "Bukan Milik Kita"
Wassalam
Ahad, Disember 21, 2008
Suatu Permulaan
Nukilan oleh @RECHIK pada 3:56 PTG
Kategori: Coretan Peribadi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Congrat AreChik..cantik blog ni..lagi cantik dari blog Sis Dyna!! =D
salam arechik.. wan rcop nie.. huhuhu.. nie yg suka dgn arena blog nie.. salah satu kelebihan nye adalah dapat berkongsi ilmu xkira dekat ataupun jauh. tahniah atas kewujudan blog nie, harap selepas nie smakin byk ar tulisan2 arechik..
tima kasih wan..dengan keizinan masa dari Pemiliknya dan pertolongan kak Dyna, terciptalah blog nie..arechik alu2kan komen dan cadangan drpd wan utk menambahbaikan blog ni..kalu ada ilmu dan pengalaman yg boleh dikongsi,jgn segan2 bg noo..acik pun msh belajar dan akan terus belajar..tima ksh sekali lg.
Catat Ulasan