? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, Februari 23, 2009

Indahnya dalam Kebersamaan

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau masih memberi ruang masa kepadaku untuk menulis kali ini..Rasanya lebih tiga minggu arechik tak diberi kesempatan untuk menulis. Masa ada cuma dihabiskan untuk perkara lain. Bermulanya Februari dengan menjadi Jurulatih Modul Integrasi PLKN selama 5 hari, kemudian berprogram bersama adik2 Kolej Poly Tech Mara Bangi selama 2 hari di Kem D’Perkasa (Rebutia Camp)...Minggu lepas kembali kepada rutin harian di pejabat dan terlibat memberi ceramah kepada adik-adik pimpinan Maktab Mahmud Cawangan Padang Terap.

Mungkin sewaktu arechik bertugas di Jabatan Zakat Kedah dulu, ghejanya banyak dalam pejabat tetapi bila sekarang masa gheja banyak di luar..Inilah yang arechik cari selama ini..puas dan sangat seronok..arechik boleh berkongsi-kongsi idea, ilmu dan pengalaman dengan adik-adik program dari pelbagai latarbelakang bangsa, agama, budaya dan pendidikan. Contohnya sewaktu bersama dengan adik-adik PLKN, banyak ilmu dan perkara baru yang arechik dapat khususnya budaya, kepercayaan, adat resam pelbagai kaum di Malaysia..Yelah, bila kita dah bersetuju dan berpakat untuk hidup bersama dalam suatu kelompok masyarakat, maka di sana semestinya kita saling menerima dan menghormati antara satu sama lain..Dlm PLKN ini jugalah arechik dapat belajar cara memegang chopstick dengan betul..sebelum ni pakai hentam sajalah!! Apapun terima kasih kepada semua wira wirawati PLKN Kumpulan 1 Kem Dusun Kuala Nerang (khususnya adik2 kelas 6) yang sudi menerima arechik seadanya. Arechik sayang adik-adik semua dan kenangan manis kita bersama (walaupun 5 hari ja) akan arechik kenang selama-lamanya, insyaAllah. Arechik juga mendoakan agar adik2 mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM yang akan keluar tak lama lagi.

Buat adik2 KPTM Bangi tetap tak dilupakan..semuanya sempoi2 termasuk guru pengiringnya..hehehe..walaupun hanya seketika bersama, tapi komitmen yang diberikan oleh semua sangat menggembirakan arechik selaku pengurus projek..Paling terasa nilai ukhuwwah sewaktu sama-sama membina Piramid Manusia di Air Terjun Sungai Pisang (tima kasih pada ustaz Sham selaku mederator)..Pastu sama2 mendirikan solat Zohor secara berjamaah di situ..berbumbungkan langit, berlantaikan pasir..terasa sangat kebesaran Tuhan..kerdilnya kita manusia.

Kpd mereka yang nak tengok gambar2 yang sempat diambil bagi program PLKN dan LEADER KPTM Bangi, blh buka tengok kat friendster arechik atau sis Dyna..


Akhirnya, jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membantu dan berkongsi pandangan dan pendapat dgn arechik..PLKN (KJ Cikgu Yazi, Cikgu Ghani, Mai, Syadah, Kak Syida, Ilhami dan my honey, sis Dyna…Program Leader KPTM Bangi (ustaz saiful, cik salina, hasry, team bro bob dan tenaga kerja pihak kem D’Perkasa serta tak dilupakan jurulatih utama Arelong dan Sis Dyna)..ALHAMDULILLAH WASYUKUR LILLAH..Kau jadikan kami saudara, indahnya dalam kebersamaan