Hampir 2 minggu tak mencoret sesuatu, hari ni terlintas ingin merungkai satu perkara yang telah lama termaktub dalam Al-Qur’an. Firman Allah SWT dalam surah Al-Insyirah yang bermaksud : “Sesungguhnya bersama kesusahan itu (akan) adanya kesenangan. Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu (akan) adanya kesenangan”.Dua kali Allah ulang pernyataan yang sama tanda suatu jaminan dariNya..Pepatah Melayu pun ada menyatakan “Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”
Contohilah adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang memperolehi keputusan 20A dalam keputusan SPM 2008..Keputusan yang diperolehinya bukan datang dengan mudah, bermula perjalanan merintis kejayaan dengan susah dan payah serta pelbagai ujian dan rintangan..segala segi perlu ditempuhinya dengan sabar, tabah dan paling penting REDHA..Akhirnya Allah membayar nilai sebuah pengorbanan itu..20 A SPM 2008, tajaan belajar di luar negara, sebuah rumah yang lebih selesa kepada keluarganya dan lain-lain lagi (di luar pengetahuan arechik)
Semua orang nak kesenangan, kemewahan, kejayaan dan kecemerlangan tidak kira sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahu pun kehidupan tapi…ada cara mudah tak?..tak perlu susah payah berusaha..kalau boleh hari ni rasa susah esok sekelip mata dah senang..pejam susah celik ja dah senang..kan best gitu.
Maka tidak hairanlah jika ramai umat Islam yang nak kaya tetapi ikut jalan pintas (disangkanya boleh cepat kaya)..skim cepat kaya, skim internet, main nombor ekor dan sebagainya..malangnya duit habis dan rugi..harapkan kaya tetapi kayap jadinya..Kejayaan dalam pelajaran pun camtu jugak..bila ditanya semua nak berjaya, semua nak skor yang terbaik..namun bila ditunjukkan jalan macamana nak capai cita-cita tersebut, ramai yang tewas..sanggup gagal atau dapat keputusan cukup-cukup makan asalkan otak tak diperah, kepala tak pening membaca buku, nota atau mengulangkaji pelajaran dan masa nak melepak dan bermain dengan kawan-kawan tak terkorban..
Di sinilah segalanya bermula-adik Madihah bersama ibu ayahnya
Satu jenis lagi yang menjadikan kesusahan dan kemiskinan keluarga penyebab kepada kegagalan dalam pelajaran..alassannn..adik Madihah pun miskin jugak, serba kekurangan jugak, belajar sendiri, tak pergi tuisyen tapi kenapa dia BOLEH..pakai hantu raya kot, tolong bagitau jawapan waktu exam SPM aritu agaknya..Jika nak suruh bagi alasan, boleh terbit sebuah buku alasan-alasan yang diberi.
Allah Maha Adil..Kesenangan (yang barakah) perlukan pengorbanan..takdak jalan pintas..FAIZA ‘AZAMTA FATAWAKKAL ‘ALALLAH (maka apabila kamu berazam (berusaha), maka berserahlah pada Allah)..ini janji Allah pada kita..USAHA first baru TAWAKKAL..bukan serah pada takdir semata-mata..Nak buat macamana arechik, dah takdir Tuhan kami gagal…amboi zalimnya Allah kalau macam tu..Jika macam tu, tak perlulah Allah buat ada pahala dosa dan syurga neraka..letak siap-siap takdir setiap manusia.dan manusia datang ke dunia duduk saja.tunggu malaikat maut datang..Nanti jika takdir kita kena masuk neraka, kita bagi alasan dan marah pada Allah sebab tak bagi pilihan..
1 ulasan:
waalaikumsalam..
syukran arechik..
erm..insyaAllah.. tgh menguruskan kearah yang lebih baik ar nie.. yang lebih diredhai.. walaupun bru 1 langkah.. bru bertunangkn.. tp sekurang-kurangnya ia menguatkan lagi diri ini untuk berusaha untuk memiliki dirinya secara halal. taw, arechik mmg penah berada d situasi sy, dan sy taw keputusan yg arechik wat. tp mungkin orang di sekeliling arechik memberi sokongan sepenuhnya.. tetapi berbeza dengan situasi sy disini.. erm.. mayb arechik xtw atau xrase ape yg sy harus hadapi kat sini.. sbb are chik xde kat sini, itu sy xleh salahkan arechik ar.. ye ar mungkin keputusan yang kita wat xsama, kerana memang hidup manusia nie berbeza2, walaupun kita dicipta dri sumber yang sama. tetapi percayalah natijah yang kita cari adalah sama, iaitu perkahwinan. erm.. berkenaan dgn penjaga hati tu.. mungkin abg sy nie terlalu mendalam ilmunya.. sy plak budak bru belajar.. mungkin salah faham.. ataupun mungkin sy yg salah mentafsir isi hati sy.. ye lah.. sebagai seorang adik sy harus menerima teguran dari seorang yang sy da anggap sebagai abag sy.. sy taw ini satu teguran yang ikhlas.. sy faham apa yang arechik nak sampaikan.. insyaAllah sya akan berhati-hati lepas nie..
salam arechik..
Catat Ulasan