First,arechik ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat2 dan adik2 yang sudi mendoakan kebahagiaan dan kebaikan ke atas arechik sempena ulangtahun kelahiran arechik yang ke 27 baru2 ni..Dengan doa kalian, mudah-mudahan hidup arechik terus dilimpahi rahmat Allah SWT.
Arechik juga ingin mengucapkan tahniah kepada adik2 yang berjaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam keputusan SPM 2008 (result keluar sama tarikh dengan besday arechik..hehe).kepada yang kurang berjaya, teruskan berusaha lagi..perjalanan masih jauh..janganlah difikirkan lagi tentang kegagalan tersebut..itulah hasilnya bagi pilihan yang dibuat selama ini..justeru,jadikan kegagalan sebagai titik mula untuk berubah ke arah kehidupan yang positif selepas ini.
Khamis, Mac 19, 2009
SALAMUN 'ALAIKA YA RASUL
Pastu,rasanya masih belum terlewat untuk arechik ingatkan supaya kita terus banyakkan berselawat ke atas Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam khususnya dalam bulan kelahiran baginda ini..Dengan kesusahan,penderitaan dan pengorbanan Bagindalah membolehkan kita merasai nikmat Islam sekarang..Cukupkah hanya dengan mengaku kita ini umat Rasulullah,sudah layak kita mendapat syafaat Baginda..Sepanjang kehidupan baginda hingga ke saat akhir hayatnya, umatnya sentiasa di ingatan tetapi bagaimana pula dengan kita? Selawat ke atas baginda hanya diucapkan dalam solat, masa lain tengoklah kalau sempat!!..ikut sunnah, akhlak dan cara hidup baginda, yang bersesuaian dengan kita ja..yg lain dibuang ketepi..tak relevan dan ketinggalan zaman dikatakan..Ya Allah, memang kita ni jenis muka tak tahu malu dan tak kenang budi..mengaku umat Nabi, tapi kehidupan tak macam umat Nabi..segala2nya berqiblatkan barat..pastu ada cita-cita pulak nak syafaat Nabi..ehmmm..
Masih belum terlambat..gunakan kesempatan hidup sebelum mati menjemput untuk mengubah cara hidup kita..kita umat Rasulullah,berusahalah menjadi mutiara kesayangan Rasulullah..biarlah malaikat di bahu kanan letih dibebani tugas mencatat kebaikan yang kita lakukan berbanding sebelum ini ia banyak berehat..InsyaAllah di sana kelak, Rasulullah dapat mengecam kita seterusnya mengiktiraf kita sebagai umatnya melalui pengurniaan syafaat baginda..RADHINA BILLAHI RABBA, WABILISLAMI DINA, WABIMUHAMMADIN NABIYYAN WARASULA
Nukilan oleh @RECHIK pada 8:47 PG
Kategori: Coretan Peribadi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan