Ya Allah, jalan sesak lagi. Pelbagai jenis kenderaan berasak-asak menuju ke tempat kerja. Inilah rutin harian setiap pagi. Selepas menghantar dua orang “hero” ke tadika, arechik akan berhadapan dengan keadaan sebegini. Tanpa garisan kuning atau lampu isyarat, sikap berhati-hati sangat diperlukan..Alhamdulillah, setiap hari pasti ada manusia berperibadi tinggi yang memberi laluan untuk arechik dan kereta lain melintas..
Keadaan yang sama berlaku juga pada pagi tadi. Cuma sewaktu sebuah kereta di hadapan arechik ingin melintas, terdapat sebuah Myvi hitam di jalan utama tidak mengizinkan walaupun dalam masa yang sama terdapat dua buah lagi kereta telah memberi laluan. Memang tidak dinafikan itu menjadi haknya sebab dia berada di jalan utama, tetapi jika dua orang pemandu lagi boleh bertolak ansur, apa salahnya jika dia turut bertolak ansur. Tindakan tidak membenarkan kereta lain melintas tetap tidak mendatangkan keuntungan pun memandangkan pada ketika itu kereta bergerak sangat perlahan dek kerana jalan sesak.
Sedih sebab pemandu tersebut seorang Muslimah. Sedih lagi yang salah seorang pemandu yang memberi laluan pula non Muslim. Mana akhlak kita sebagai seorang umat Rasulullah? Sepatutnya kita perlu menjadi contoh kepada masyarakat yang belum Islam tentang kecantikan akhlak dan peribadi Islam sejajar dengan apa yang telah diajar dan ditunjukkan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam.
Mungkin Muslimah tersebut merasakan perkara tersebut suatu senario yang biasa. Tidak sampai mendatangkan dosa..betul, memang tak berdosa tetapi ia merupakan cermin peribadi diri. Suatu kajian pernah dibuat (arechik lupa siapa pengkajinya tetapi yang pasti pengkajinya asalnya seorang yang belum Islam tetapi akhirnya menjadi seorang Muslim), antara faktor kejayaan dakwah Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam adalah melalui peribadi dan akhlak baginda yang sangat tinggi dan mulia. Ramai orang bukan Islam tertawan dengan akhlak Rasulullah walaupun pertama kali bertemu dengan baginda terus terbuka menerima Islam (melalui hidayah Allah SWT jua)..Sayangnya pada hari ini, kita tidak lagi mampu untuk menarik masyarakat belum Islam dekat dengan Islam atau menerima Islam sebagai Addin kerana kita sendiri bertindak menghodohkan kecantikan ajaran Islam sendiri. Peribadi Rasulullah yang sepatutnya dicontohi dan dipraktikkan semakin tenggelam dalam arus deras kehidupan moden kini. Bahkan masyarakat belum Islam pula yang lebih mengamalkan “Islam” berbanding kita yang mengaku umat Islam.
Yusuf Islam pernah mengeluarkan kenyataan “Jika tidak kerana kajian terhadap ajaran Islam yang sebenar, sudah tentu saya masih belum memeluk agama suci ini lagi kerana keadaan dan peribadi masyarakat Islam langsung tidak menggambarkan tentang keluhuran Islam yang boleh membuatkan hati saya tertarik mendekati agama ini.”
Kejadian di atas hanya sekadar contoh menceritakan realiti umat Islam sekarang..Mengaku sebagai umat Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam. Tetapi sunnah dan akhlak baginda semakin diketepi, ditinggal, dibuang dan dipinggirkan..Maka beruntunglah bagi mereka yang konsisten mengamalkan sunnah baginda.
1 ulasan:
senang je tuh...
antaq ja depa tuh suwoh p amik lesen keta len...
meh saya tolong promote.. haha... ^
^
achik bila g???? hehe ------------^
Catat Ulasan