Petang kelmarin, arechik baru ja selesai menghadiri kursus TOT bagi Jurulatih Modul Integrasi PLKN. InsyaAllah, dengan sedikit sebanyak pendedahan yang diberikan dalam kursus tersebut akan dapat digunakan apabila arechik melaporkan diri pada 31hb Januari nanti. Kem pilihan arechik ialah Kem Dusun Minda di Kuala Nerang, Kedah.
Sepanjang berkursus selama 3 hari tu, banyak perkara baru yang diperolehi bukan sekadar persiapan masuk kem tetapi juga ilmu-ilmu baru yang boleh digunakan dalam program-program Rebutia nanti..selain pembentangan kumpulan, arechik dan rakan2 jurulatih turut bertukar-tukar pandangan dan pengalaman yang boleh digunapakai kelak..diselang seli dengan melakukan aktiviti2 segaran (refreshment) yang tak pernah buat sebelum ni..seperti chicken dance dan catwalk..jika orang lain tak buat, kompom arechik lagi takmau buat..hehehe
Dalam kumpulan arechik (kump. JATI), terdiri daripada 18 orang bakal jurulatih semuanya. Daripada 18 orang ni, sorang ja Indian. Nama dia Vijay. Seorang eksekutif HR di sebuah company di Pulau Pinang. Apa yang best, Vijay ni seorang yang ceria, mesra dan mudah ngam walaupun ahli kumpulan yang lain orang Melayu. Dia kata sebab dia dibesarkan dalam perkampungan orang Melayu. Kawan-kawan dia pun ramai orang Melayu...Banyak idea dan pandangan yang dikongsi Vijay berkaitan budaya, kepercayaan dan bangsa khususnya melibatkan kaum India.
Namun, apa yang lebih arechik kagumi ialah penglibatan golongan pesara untuk menjadi jurulatih PLKN ni. Dalam kumpulan arechik ja terdapat 3 orang yang dah pencen. Bila arechik tanya, pasaipa depa apply jadi jurulatih..depa kata nak tambah ilmu dan pengalaman..nak membantu negara mendidik anak bangsa (patriotik tu!!)..merasai sendiri suasana dalam kem PLKN..dan tak kurang juga nak mengisi masa lapang lepas bersara (depa kata boring dok saja kat rumah)
Di sini jelaslah bahawa TUNTUTAN MENCARI ILMU DAN PENGALAMAN TIDAK MEMPUNYAI ISTILAH TERHENTI PADA HAD UMUR TERTENTU. SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN, CARILAH ILMU DAN PENGALAMAN SEBANYAK MUNGKIN. DENGAN ILMU DAN PENGALAMAN YANG ADA, IANYA BOLEH DIMANFAATKAN UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA. Bahkan ada juga di kalangan pakcik ni berkata, segala pengalaman yang dia dapat nanti akan dikongsikan dengan cucu-cucu bagi membuang tanggapan program PLKN tu tak best dan membosankan..Bersemangat sungguh!!
Satu lagi percaturan Allah yang tak diduga arechik ialah pertemuan semula dengan sahabat sekelas dan seperjuangan di Maktab Mahmud dulu. Hampir 8 tahun berpisah, akhirnya kami dijodohkan bertemu dalam kursus ini..Ustaz Mohd Yusry Affendy Al-Hafiz merupakan salah seorang sahabat arechik yang hebat dan sangat dikagumi..sekarang bertugas sebagai tenaga pengajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) Jitra. Beliau juga turut aktif menyampaikan ceramah dan kuliah di masjid-masjid. Bagi program PLKN ni, beliau berserta ibu dan ayahnya memilih menjadi jurulatih di Kem D’Jelapang, Jitra..Kepada Yusri, ”Anta seorang anak yang sangat baik dan sangat taat..ana sendiri tak mampu jadi seorang anak seperti anta..apa yang anta hadapi, ada hikmahnya dan yang pasti sesuatu yang istimewa sudah tersedia..Cuma menunggu masa untuk anta menerimanya”
Konklusi dari kursus TOT ni, arechik hepi sangat dapat bertemu dengan ramai kenalan dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan kerjaya yang semuanya hebat-hebat belaka.Terima kasih kepada semua..mudah-mudahan apabila masuk kem nanti, banyak lagi ilmu dan pengalaman yang bakal diperolehi.
Ahad, Januari 25, 2009
Selagi Hayat Dikandung Badan
Nukilan oleh @RECHIK pada 4:45 PTG
Kategori: Coretan Peribadi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan