BISMILLAHI WALHAMDULILLAH..Rasanya masih belum terlambat untuk arechik ucapkan Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi..Mudah-mudahan bila tahun semakin bertambah amal ibadah dan kebajikan kita juga semakin bertambah =)
Hari ini, 8 Muharram 1430 bersamaan 5hb Januari 2009 merupakan antara tarikh penting dalam hidup arechik. Hari ini sebenarnya adalah tarikh ulangtahun kelahiran abah yang ke 56. (Ya Allah, panjangkan umur abah dalam iman dan berilah kesihatan yang baik serta kekuatan kepadanya untuk terus melakukan amal ibadah, kebaikan dan kebajikan. Tetapkanlah hati dan dirinya dalam petunjuk taufik dan hidayahMu, mudah-mudahan dia tergolong di kalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa dan bersyukur..Perkenanlah Wahai Tuhan Yang menguasai Seluruh Alam)
Alang-alang hari ni besday abah, mailah nak ceghita sikit tentang dia..abah merupakan pesara tentera..ingat lagi dia pernah cerita waktu zaman dia nak jadi tentera dulu memang susah (lebih kurang mcm cerita Sarjan Hassan lah kot)..abah terpaksa pergi interview sebanyak dua kali..keluar rumah awal pagi, kayuh basikal lebih kurang 20-30 km..Yang jadi dua kali tu sebab kali pertama tak layak kerana kurang cukup had ketinggian (arechik terlebih tinggi lak)..pi lah pulak untuk interview kali kedua..ALHAMDULILLAH, sebab abah seorang yang bersungguh-sungguh, akhirnya dia diterima..pedoman untuk kita semua, buat apa pun mestilah dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH, insyaAllah kita pasti BERJAYA..jangan sesekali mengaku kalah dan berputus asa.
Waktu dia mula kerja, gaji yang diterima sangat kecik. Cuma sikap abah yang arechik kagum sampai ke hari ini ialah suka berjimat cermat dan dia berdisiplin dalam menyimpan. Walaupun kecil, abah akan simpan sekurang-kurang RM10 sebulan. Kalau orang lain enjoy sana sini, abah lebih selesa duduk kat rumah. Hasil simpanan sedikit demi sedikit tu, dia berjaya membina rumah untuk mak ayahnya (arwah tokwan dan tok arechik)..Pastu dia berkahwin (dengan mama arechik lah)…Dikurniakan enam orang anak..Abang (1977), Arechik (1982), Ros (1983), Shila (1988), Amin (1990) dan Ishraqi (1998)..Abah didik kami semua dengan sikap berdisiplin (nama pun tentera kan =)), berjimat cermat, rasa susah untuk mendapatkan wang dan lain-lain..Ingat lagi satu hari tu arechik dan abang balik lewat petang (lewat lima minit ja) dari masa kena sampai rumah, abah sambil senyum dok tunggu kat pintu rumah..tunggu aja takpalah, tapi ni tunggu sekali dengan pegang tali pinggang tentera (yg pakai masuk hutan tu)…so apa lagi kena lah sorang sekali libasan tali pinggang kat betis…melompatlah jugak…hehehe..padan muka noo..pastu memang tak pernah balik lewat..
Sepanjang membesar arechik dan adik beradik diajar berjimat cermat. Bila pi sekolah, mama siapkan bekal makan minum dan duit tiga posen..kalau tak bawak bekal lima posen (makan minum dan tiket bas waktu pulang)..masa tu kalau anak orang berada sikit akan bawak seringgit ke atas..pernah sekali duit tiket terguna beli makanan ringan (sebab tengok kawan-kawan makan, teringin lah pulak), balik tu jawabnya naik kakilah..hehehe..tak jauh mana pun cuma lebih kurang 5km ja..=)…bila time raya, abah mama akan pi kedai ekonomi untuk beli pakaian baru...bila abah mama bawak balik, pakat-pakat try lah..seronok taktau nak habaq..mahal murah tolak ketepi, yang penting baru..walaubagaimanapun arechik bangga sangat dengan abah mama arechik sebab walaupun gaji abah kecik dan mama pun tak gheja, dia tak pernah biarkan kami adik beradik rasa kurang atau ketinggalan dengan anak orang lain..kalau orang lain dapat, kami pun dapat walaupun dari sudut kualiti, kuantiti atau jenama barang yang kami dapat kurang dari orang lain atau kami lambat dapat (sbb nak kumpul duit dulu)…Abah mama juga, sebelum bagi sesuatu tu, mesti bersyarat. Contohnya kena dapat nombor satu dalam peperiksaan atau skor keputusan yang cemerlang. Dia pernah hadiahkan kereta kontrol dan jam tangan pada arechik sebab dapat nombor satu waktu darjah 1 dan 2..
Sepanjang bersama abah (dah masuk 27 tahun), berlaku dua peristiwa yang tak dapat arechik lupakan hingga ke hari ini..Pertamanya, suatu petang tu, abah beli roti susun 2 bungkus..makanlah kami sekeluarga..ada yang sapu mentega lah dan ada yang cicah dengan gulai..sorang adik arechik ni buanglah kerak kat tepi roti..dia makan yang tengah dan lembut tu ja..bila arechik nak ambik kerak tu buang, abah minta nak makan..bila arechik tanya pasaipa abah nak makan, roti banyak lagi tu, dia kata waktu beli roti tu, dia beli sekali dengan kerak tepi tu jugak. Kerak tu pun ada harga..waktu tu Allah saja yang tahu apa yang arechik rasa..Yelah, abah rasa susah dan penat dalam mencari rezeki untuk anak dan isterinya, sudah tentu setiap benda yang dibelinya sangat tinggi nilainya..Pastu sewaktu arechik nak ambil SPM (tahun 1999)..arechik ada discussiĆ³n dgn kwn2 kat Sungai Petani. waktu tu abah dah pencen (abah ambil skim kerja sampai umur 45 ja) dan dia kerja kat sebuah syarikat percetakan di SP. so arechik tumpang abah ja. Bila habis discussiĆ³n, lepak lah kat tempat kerja abah sementara nk tunggu balik dengan dia waktu petang. Waktu tengahari dia belilah dua bungkus nasi campur. Waktu arechik makan, dia tak makan lagi sbb nak siapkan kerja. ALHAMDULILLAH abah belikan lauk daging dan sayur. Pastu bila arechik nak solat Zohor, baru abah makan. Waktu arechik lintas depan dia, sempat arechik tengok dia makan apa. Ya Allah, abah makan dengan ikan masin dan sedikit sayur. Bila arechik tanya kenapa dia makan lauk tak sama dengan arechik, dia kata arechik perlu makan lauk yang ada protein dan lain-lain sbb arechik masih belajar tapi dia makan sbb nak dapat tenaga untuk kerja. Sebak dengar abah cakap camtu. So sejak dari itu, arechik berazam nak capai keputusan cemerlang dalam SPM sebagai membalas jasa dan pengorbanan abah mama. Alhamdulillah arechik berjaya membuktikannya.
Itu sebahagian dari kisah tentang bagaimana abah mendidik arechik dan adik beradik yang lain. walaupun dia seorang yang sangat tegas, tapi jauh di sudut hatinya dia sangat menyayangi kami semua. Kesan didikan dia, arechik tahu erti nilai setiap benda yang kita dapat, berdisiplin dengan masa dan banyak lagi..tentang ceghita mama arechik, tunggu besday dia nanti..seorang yang sangat sabar dengan karenah anak-anak..hehehe…CEPATNYA MASA BERLALU..Sekarang arechik dah pun berkerja dan mempunyai keluarga sendiri (yang sulung dan nombor dua dah masuk tadika). Sedang merasai apa yang telah abah rasa..Mudah-mudahan setiap detik peristiwa yang berlaku dalam hidup arechik dapat dijadikan panduan dan pedoman untuk terus menempuh arus kehidupan yang mendatang..Terima kasih ya Allah atas anugerah abah dan mama kepada kami.
Selasa, Januari 06, 2009
Cepatnya Masa Berlalu..
Nukilan oleh @RECHIK pada 8:52 PG
Kategori: Coretan Peribadi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan