? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, Januari 20, 2009

FAS ALU AHLAZ ZIKRI !!

Dah lama rasanya arechik tak menulis..maklumlah bulan Januari ni lah masa nak all out..tawarkan khidmat program kepada prospek baru dan customer sedia ada..sampai rumah pun dah lewat petang..matlamat peribadi dan syarikat 2009 perlu dicapai...mana mungkin rezeki Tuhan datang bergolek tanpa berusaha..mana mungkin kesenangan mendatang tanpa kesungguhan..usaha dengan kesungguhan dan berterusan berserta doa dan tawakkal pada Allah, di penghujungnya pasti terasa kemanisan dan kenikmatan.

Dalam kesibukan di pejabat dan marketing di luar, ALHAMDULILLAH arechik masih boleh memenuhi undangan kuliah dan ceramah..jika nak fikir penat bekerja dan berprogram, memang penat tapi ingat balik Rasulullah SAW lagi penat. Tapi baginda tak pernah berhenti dari usaha dan kerja dakwah. Berhentinya baginda hanya apabila Jibril dan Izrail datang menjemput untuk bertemu Kekasihnya..Namun saat semua malaikat dan bidadari berbaris ingin menyambut kedatangan baginda di syurga, masih sempat lagi baginda mengingati umatnya..Ummmati, ummati..kasih dan sayang sungguh Nabi pada kita..takkan sedikit kepenatan tak dapat dilawan..

Selesainya berprogram dengan adik-adik form 2 SMK Tunku Abdul Malik, pagi Jumaat (16.01.09), arechik diminta sampaikan kuliah pagi di sebuah masjid di Kulim. Pengkuliah asal dikhabarkan tidak sihat sejak pulang dari Mekah..arechik dapat panggilan telefon daripada AJK masjid lepas Subuh..kuliah pukul 9.30, paling lewat arechik kena bertolak pukul 8 dari Alor Setar..aduhh, nak cakap apa ni..semua kitab tinggal kat opis, ALHAMDULILLAH mujur ada sebuah buku himpunan 40 hadith Rasul SAW tentang motivasi dan kelebihan menuntut ilmu (susunan Fadhilatul Ustaz Abdullah Qari-cucu Tok Kenali)..boleh juga digunakan sebagai bahan kuliah.

Sepertimana dalam banyak-banyak kitab hadith yang lain, Ustaz Abdullah Qari juga meletakkan hadith berkaitan NIAT sebagai hadith yang pertama dalam bukunya. Sememangnya niat merupakan asas kepada semua perbuatan dan tindakan yang kita lakukan. Jika perbuatan lahiriah mudah dihukum dan ditafsir oleh mata kasar manusia, tetapi niat hanyalah antara si empunya diri dan Allah SWT. Ada orang bertanya, apa kaitan niat dengan hati. Hati adalah tempat melakukan niat. Hati dijadikan batu asas ke arah sesuatu perbuatan yang baik atau sebaliknya.

Baik, pernah tak kita jumpa dan dengar orang berkata...”walaupun kami ni tak solat..kami ni tak tutup aurat..tapi hati kami baik..lebih baik dari orang yang solat dan menutup aurat..Allah tak tengok pada pakaian dan rupa paras tapi Allah tengok pada hati dan niat”..Macam kata orang putih ”Dont judge a book by its cover”

Kalau begitu macam mana pulak ya..betul jugak kata mereka..ehm, apa yang betulnya!!..salah jika beranggapan macam tuu..semua suruhan Allah SWT secara mutlaknya wajib kita patuh dan laksanakan. begitu juga laranganNya, wajib kita tinggalkan..bila kita buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang, kita tergolong di kalangan orang yang baik dan mempunyai hati yang baik..Hati yang baik melahirkan peribadi yang baik..Peribadi yang baik adalah yang tunduk dan patuh pada Allah. Bila kita sengaja ingkar dengan perintah Allah, hati akan dikotori dengan dosa. Hati yang dipalit dosa bukan hati yang baik tetapi hati yang kotor. Oleh itu, istilah hati yang ‘baik’ ini perlulah diukur pada kacamata agama bukannya manusia. Walaupun mungkin orang yang suka menderma dan bersedekah dianggap orang yang baik hati, tapi jika dia tidak bersolat bahkan membuat perkara yang ditegah Allah, dia bukanlah seorang yang baik di sisi Allah SWT.

Seperkara lagi..tentang taubat..ada juga kenyataan dari orang Islam bahawa istilah ‘taubat’ dalam Islam disediakan khusus kepada orang yang selalu melakukan dosa. Jadi tak salah kalau kita buat dosa. sebab lepas buat dosa, kita boleh taubat, buat dosa pulak pastu kita bertaubat pulak..Orang macam ni dia rasa dia dah pandai, boleh membuat tafsiran makna dan memberi kefahaman yang sebenar. Hakikatnya dia hanya menunjukkan kebodohan dan kejahilannya. Namun orang sebeginilah yang menjadi makhluk perosak dalam masyarakat. Sesat dan menyesatkan..

Begini, taubat dalam Islam merupakan satu rahmat dan tanda kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya. Taubat merupakan cara atau kaedah pembersihan diri kepada mereka yang ingin kembali kepada jalan redha Ilahi. Taubat juga disediakan kepada mereka yang beriman yang kadang kala terbabas melakukan perbuatan dan perkara yang dilarang Allah. Di penghujung taubat seseorang, terdapat rasa penyesalan atas dosa yang dilakukan dan keazaman yang tinggi untuk berubah membuat kebaikan seterusnya menjadi hamba yang bertaqwa di sisi Allah...Bukan namanya taubat jika kita memohon ampun atas dosa yang dilakukan tetapi tidak berazam untuk meninggalkan dosa tersebut..Yang tu arechik istilahkan ’tau buat’ bukan bertaubat. Bahkan berdosa jika kita mempermain-mainkan taubat. Sengaja buat dosa kemudian bertaubat. Pastu buat dosa lagi sebab tak risau boleh bertaubat selepas itu. Jika ini menjadi fahaman dan pegangan, maka tiada bezalah antara orang Islam dengan orang Kristian...Rasa dosa banyak, pergi mengadap paderi..mengaku salah dan bertaubat..paderi pun ampunkan..ok dah jadi bersih..kemudian boleh buat dosa semula..nanti dah rasa banyak dosa, jumpa paderi semula minta diampunkan...

Inilah antara penyakit umat Islam masakini..perkara agama nak ditafsirkan mengikut kepandaian dan logik akal tanpa berlandaskan ilmu. Kejahilan dalam hal ehwal agama ditampung dengan ilmu logik semata-mata. Perlu difahami, setiap perkara berkaitan agama ada sumber rujukannya. Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama dan Qiyas. Jika kita tak tahu, pergilah belajar kepada orang yang mengetahuinya. Bukannya sekadar dengar dan berpegang kepada orang yang dianggap alim tetapi jahil sebenarnya. Akhirnya, jalan yang dilalui bukan jalan yang lurus tetapi penuh dengan selekoh yang mengundang bahaya di akhirat kelak.

Yang baik dari Allah, yang salah dan silap arechik mohon keampunan Allah..

0 ulasan: