? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, Mac 31, 2009

Nak Senang Bukan Senang!!

Hampir 2 minggu tak mencoret sesuatu, hari ni terlintas ingin merungkai satu perkara yang telah lama termaktub dalam Al-Qur’an. Firman Allah SWT dalam surah Al-Insyirah yang bermaksud : “Sesungguhnya bersama kesusahan itu (akan) adanya kesenangan. Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu (akan) adanya kesenangan”.Dua kali Allah ulang pernyataan yang sama tanda suatu jaminan dariNya..Pepatah Melayu pun ada menyatakan “Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”
Contohilah adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang memperolehi keputusan 20A dalam keputusan SPM 2008..Keputusan yang diperolehinya bukan datang dengan mudah, bermula perjalanan merintis kejayaan dengan susah dan payah serta pelbagai ujian dan rintangan..segala segi perlu ditempuhinya dengan sabar, tabah dan paling penting REDHA..Akhirnya Allah membayar nilai sebuah pengorbanan itu..20 A SPM 2008, tajaan belajar di luar negara, sebuah rumah yang lebih selesa kepada keluarganya dan lain-lain lagi (di luar pengetahuan arechik)
Semua orang nak kesenangan, kemewahan, kejayaan dan kecemerlangan tidak kira sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahu pun kehidupan tapi…ada cara mudah tak?..tak perlu susah payah berusaha..kalau boleh hari ni rasa susah esok sekelip mata dah senang..pejam susah celik ja dah senang..kan best gitu.

Maka tidak hairanlah jika ramai umat Islam yang nak kaya tetapi ikut jalan pintas (disangkanya boleh cepat kaya)..skim cepat kaya, skim internet, main nombor ekor dan sebagainya..malangnya duit habis dan rugi..harapkan kaya tetapi kayap jadinya..Kejayaan dalam pelajaran pun camtu jugak..bila ditanya semua nak berjaya, semua nak skor yang terbaik..namun bila ditunjukkan jalan macamana nak capai cita-cita tersebut, ramai yang tewas..sanggup gagal atau dapat keputusan cukup-cukup makan asalkan otak tak diperah, kepala tak pening membaca buku, nota atau mengulangkaji pelajaran dan masa nak melepak dan bermain dengan kawan-kawan tak terkorban..


Di sinilah segalanya bermula-adik Madihah bersama ibu ayahnya
Satu jenis lagi yang menjadikan kesusahan dan kemiskinan keluarga penyebab kepada kegagalan dalam pelajaran..alassannn..adik Madihah pun miskin jugak, serba kekurangan jugak, belajar sendiri, tak pergi tuisyen tapi kenapa dia BOLEH..pakai hantu raya kot, tolong bagitau jawapan waktu exam SPM aritu agaknya..Jika nak suruh bagi alasan, boleh terbit sebuah buku alasan-alasan yang diberi.
Allah Maha Adil..Kesenangan (yang barakah) perlukan pengorbanan..takdak jalan pintas..FAIZA ‘AZAMTA FATAWAKKAL ‘ALALLAH (maka apabila kamu berazam (berusaha), maka berserahlah pada Allah)..ini janji Allah pada kita..USAHA first baru TAWAKKAL..bukan serah pada takdir semata-mata..Nak buat macamana arechik, dah takdir Tuhan kami gagal…amboi zalimnya Allah kalau macam tu..Jika macam tu, tak perlulah Allah buat ada pahala dosa dan syurga neraka..letak siap-siap takdir setiap manusia.dan manusia datang ke dunia duduk saja.tunggu malaikat maut datang..Nanti jika takdir kita kena masuk neraka, kita bagi alasan dan marah pada Allah sebab tak bagi pilihan..

Itu sebabnya Allah beri pilihan pada kita..so pilihlah mana yang berkenan di kalbu..nak berjaya ke gagal, jadi baik ke jahat, hamba yang mulia di sisi Allah ke sahabat iblis syaitan atau sebagainya..Maha Adilnya Allah

Khamis, Mac 19, 2009

SALAMUN 'ALAIKA YA RASUL

First,arechik ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat2 dan adik2 yang sudi mendoakan kebahagiaan dan kebaikan ke atas arechik sempena ulangtahun kelahiran arechik yang ke 27 baru2 ni..Dengan doa kalian, mudah-mudahan hidup arechik terus dilimpahi rahmat Allah SWT.

Arechik juga ingin mengucapkan tahniah kepada adik2 yang berjaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam keputusan SPM 2008 (result keluar sama tarikh dengan besday arechik..hehe).kepada yang kurang berjaya, teruskan berusaha lagi..perjalanan masih jauh..janganlah difikirkan lagi tentang kegagalan tersebut..itulah hasilnya bagi pilihan yang dibuat selama ini..justeru,jadikan kegagalan sebagai titik mula untuk berubah ke arah kehidupan yang positif selepas ini.

Pastu,rasanya masih belum terlewat untuk arechik ingatkan supaya kita terus banyakkan berselawat ke atas Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam khususnya dalam bulan kelahiran baginda ini..Dengan kesusahan,penderitaan dan pengorbanan Bagindalah membolehkan kita merasai nikmat Islam sekarang..Cukupkah hanya dengan mengaku kita ini umat Rasulullah,sudah layak kita mendapat syafaat Baginda..Sepanjang kehidupan baginda hingga ke saat akhir hayatnya, umatnya sentiasa di ingatan tetapi bagaimana pula dengan kita? Selawat ke atas baginda hanya diucapkan dalam solat, masa lain tengoklah kalau sempat!!..ikut sunnah, akhlak dan cara hidup baginda, yang bersesuaian dengan kita ja..yg lain dibuang ketepi..tak relevan dan ketinggalan zaman dikatakan..Ya Allah, memang kita ni jenis muka tak tahu malu dan tak kenang budi..mengaku umat Nabi, tapi kehidupan tak macam umat Nabi..segala2nya berqiblatkan barat..pastu ada cita-cita pulak nak syafaat Nabi..ehmmm..
Masih belum terlambat..gunakan kesempatan hidup sebelum mati menjemput untuk mengubah cara hidup kita..kita umat Rasulullah,berusahalah menjadi mutiara kesayangan Rasulullah..biarlah malaikat di bahu kanan letih dibebani tugas mencatat kebaikan yang kita lakukan berbanding sebelum ini ia banyak berehat..InsyaAllah di sana kelak, Rasulullah dapat mengecam kita seterusnya mengiktiraf kita sebagai umatnya melalui pengurniaan syafaat baginda..RADHINA BILLAHI RABBA, WABILISLAMI DINA, WABIMUHAMMADIN NABIYYAN WARASULA

Ahad, Mac 01, 2009

KISS !!

Macamana dengan tajuk tulisan arechik kali ni..mengancam tak..hai jgn salah faham..memanglah maksud KISS tu cium tapi KISS kat sini bukannya yang tu tapi singkatan dari sebuah lagi program baru Rebutia iaitu Kursus/Kem Interaktif Solat Sempurna

TERIMA KASIH YA ALLAH, minggu lepas barisan jurulatih Rebutia telah berjaya merekabentuk sebuah lagi program baru menggunakan modul2 yang lebih segar dan menarik..Kursus Interaktif Solat Sempurna..Biasanya bila sebut ja kem solat atau kursus solat ni, ramai di kalangan kita dapat membayangkan bagaimana bentuk dan pengisian program tersebut..tetapi Rebutia datangkan lain dari yang lain..jika sebelum ini kebanyakan kem/kursus solat lebih fokus kepada teori dan praktikal wudhuk, solat, syarat2 dalam keduanya semata2, tetapi dalam KISS selain dari itu akan lebih cenderung ke arah hubungan solat dengan kehidupan manusia..bagaimana solat boleh menjadikan manusia itu cemerlang dalam hidupnya; pelajaran mahu pun kerjaya..asas2 teknik kemahiran belajar yang efektif yang sebenarnya boleh didapati melalui pembacaan dan perbuatan dalam solat..Aktiviti2 untuk mencapai khusyuk atau bahasa melayunya kita panggil fokus dan banyak lagi..Selain tu, sepanjang program peserta akan diberi pengalaman dengan lebih banyak mendirikan solat berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit.

KISS ni juga turut menekankan tentang etika solat musafir, solat berjamaah dan solat ketika sakit yang betul..Rebutia melihat ketiga2 perkara ni sangat penting sebab ramai di kalangan kita masih lagi kabur dan tak pasti macamana perlaksanaan yang sepatutnya..khususnya seperti solat ketika sakit atau tak boleh nak berdiri..setakat nak sebut solat duduk, solat sambil baring, solat menggunakan mata, siapa pun boleh tetapi macamana nak melaksanakannya??

Dalam KISS, peserta turut didedahkan dengan kehebatan al-Fatihah (The Power of Al-Fatihah) sebagai bacaan wajib dalam solat tidak kira yang fardhu atau pun yang sunat..Peranan Al-Fatihah dalam mencorak kehidupan manusia ke arah redha Tuhan.

Dalam merekabentuk modul KISS ini, Rebutia menggunakan beberapa buah buku seperti Formula Solat Sempurna tulisan Ustaz Hj. Zaharudin Abdul Rahman, Konsep dan Pengamalan Solat Satu Kajian Di Zaman Rasulullah, Sahabat & Tabi’in oleh Dr. Anisah Ab Ghani, Salat Benefit From Science Perspective terbitan UM dan banyak lagi sebagai rujukan..Dengan adanya KISS ini, Rebutia berharap dapat membantu masyarakat tidak kira di peringkat mana sekalipun agar seronok melakukan ibadah solat (bukan ditunaikan sebab WAJIB ja) dan yang paling penting solat yang didirikan itu adalah solat sepertimana yang diajar oleh baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam..Mudah-mudahan apa yang diusahakan oleh Rebutia ini mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.